Viral
Nak Cakap Sikit: Dulu ‘Lambung-Lambung’, Sekarang Mereka Dalam Masalah Kena Keji Pula?
Sejak semalam di media sosial nama pasangan Youtuber masakan sensasi, Sugu dan Pavithra menjadi sebutan warganet.
Agak menyedihkan apabila Sugu yang di dalam keadaan mabuk didakwa memukul Pavithra gara-gara salah faham.
Macam dah menjadi adat di media sosial, bila individu dikenali buat salah berbakul-bakul makian dilemparkan! Adoiiii…
Ni nak cakap sikit…dulu ketika mereka mula-mula dikenali bukan main korang ‘lambung-lambung’, puji-pujian semata.
Tapi semalam…laju jejari menghentam dan mencaci Sugu! Lupa dirilah, tak sedar dek untunglah…Bukanlah nak menyebelahi sesiapa, tetapi kadang-kadang tu rasa macam ‘tajam’ sangat bila part mengata orang lain.Sampai hilang adab susila. Back to basic gais...adakah agama kita semua mengajar kita untuk mencaci maki? Sesetengah tu macam tak tengok pada diri sendiri...
Ingat, hidup ini umpama roda...Tak mustahil suatu hari nanti kita pula akan berada di bawah atau masalah.
Ada yang sampai suruh bercerai! Whatttt? Apalah yang korang dapat bila tengok keruntuhan rumah tangga orang lain. Kita semua pun pernah buat salahkan?
Biarlah mereka selesaikan masalah ini (yang lebih menjurus kepada masalah peribadi) dengan baik. Janganlah menuding jari jika kita tak tahu apa masalah sebenar dihadapi pasangan Sugu dan Pavithra.
Kita mohon yang baik-baik untuk mereka. Dan untuk Sugu pula, kita harap dia jadikan peristiwa hitam ini sebagai pengajaran! Ya, pengajaran paling besar dalam hidup dia.
Ni nak cakap sikit, mereka tak minta pun masyarakat sanjung mereka sehingga menjadi perhatian sebaris selebriti. Tetapi siapa yang memuja berlebih-lebih? Tepuk dada, tanya diri!
Tak masuk belah mana-mana, yang salah tetap salah! Kalau perlu dihukum, biarlah dia jalani hukuman tersebut.
Kita? Jangan berhenti beri semangat kepada sang isteri supaya terus kuat menjalani kehidupan untuk membesarkan anaknya.
Must-Watch Video