gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
HIBURAN
Gandingan Menjadi, Peminat Mahu Ezzanie Jasny Bercinta Dengan Niezam Zaidi - “Kami Memang Serasi Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ADVERTORIAL

Nak Beli Rumah Tapi Tiada Slip Gaji? Jom Miliki Rumah Tanpa Down Payment Dengan SJKP

Umirah Halim
Umirah Halim
17/04/2025
11:25 MYT
Sponsor Banner
Nak Beli Rumah Tapi Tiada Slip Gaji? Jom Miliki Rumah Tanpa Down Payment Dengan SJKP
Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi semua individu, namun masalah terbesar bagi mereka yang tidak memiliki slip gaji tetap adalah perlu mengeluarkan wang pendahuluan yang tinggi!
Tapi, tahukah anda ada satu cara untuk selesaikan masalah ini?
Skim jaminan kerajaan untuk pembiayaan perumahan yang diuruskan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan jalan penyelesaian buat anda yang ingin membeli rumah tanpa mengeluarkan bayaran pendahuluan yang tinggi!
Berikut merupakan manfaat yang ditawarkan SJKP:
  1. Golongan Yang Tidak Mempunyai Slip Gaji

Skim jaminan kerajaan SJKP memberi peluang kepada golongan yang bekerja sendiri, peniaga kecil, dan pekerja gig seperti pemandu e-hailing untuk membeli rumah tanpa perlu bimbang mengenai wang pendahuluan.
Dengan skim jaminan kerajaan SJKP, golongan ini dapat menikmati peluang untuk memiliki rumah sendiri tanpa terikat kepada keperluan yang biasanya diperlukan oleh institusi kewangan tradisional, seperti slip gaji yang tetap.
  1. Jaminan Pembiayaan melebihi 100%

Dengan jaminan pembiayaan lebih daripada 100%,skim jaminan kerajaan SJKP mengurangkan beban kepada pembeli rumah kerana anda tidak perlu menyediakan wang pendahuluan yang tinggi.
Ini bermakna pembeli rumah tidak hanya mendapat pembiayaan untuk harga rumah, tetapi juga untuk kos tambahan lain seperti kos guaman, insurans, dan pelbagai perbelanjaan berkaitan dengan pembelian rumah.
  1. Pemohon Rumah Pertama

Skim jaminan kerajaan SJKP memberi peluang kepada mereka yang kali pertama ingin memiliki rumah sendiri. Dengan syarat ini, golongan yang sebelum ini tidak mampu membeli rumah kerana kekangan kewangan kini mempunyai peluang yang lebih besar untuk memiliki hartanah pertama mereka.
  1. Syarat Lulus Pinjaman Yang Lebih Mudah

Pinjaman hanya diluluskan jika bayaran bulanan tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan, menjadikannya lebih mudah diakses.
Syarat ini memudahkan proses kelulusan pinjaman kerana ia menilai kemampuan pemohon berdasarkan kapasiti kewangan mereka dan bukan hanya kepada pendapatan tetap atau slip gaji.
  1. Penyelesaian Untuk Masalah Perumahan

Skim jaminan kerajaan SJKP ini juga menyediakan penyelesaian kepada golongan yang berdepan dengan masalah kewangan, terutamanya berkaitan dengan wang pendahuluan (down payment).
Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar down payment yang tinggi, Skim jaminan kerajaan SJKP menawarkan alternatif dengan membiayai lebih daripada 100% daripada harga rumah.
Jadi, sekiranya anda merupakan pembeli rumah pertama dan tercari-cari cara untuk beli rumah tanpa bayaran down payment, jangan tunggu lagi! Manfaatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang disediakan oleh kerajaan ini!
Jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan, layari laman web SJKP atau ikuti mereka di media sosial untuk terus dapatkan info terkini!
Topic Berkaitan
#Rumah
#sjkp
#skim jaminan kredit perumahan
#slip gaji
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement