,
Hiburan

"Nak Beli Biskut Kegemaran Pun Habis" - Kongsi Foto Sebelum Movement Control Order, Fasha Mohon Doa Terbaik Untuk Malaysia

Kamaruddin Razal
18/03/2020
02:13 MYT
Pelakon cantik Fasha Sandha berkongsi foto keadaan pusat membeli-belah yang sepi serta kedai barangan runcit yang sesak sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan.
Memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram miliknya, aktres yang sedang sarat hamil ini turut memohon doa agar situasi virus COVID-19 yang sedang melanda dunia berakhir.
"Semua gambar ni diambil oleh saya sendiri. Kisah semalam.
"Mall jadi sepi, tapi grocery store sesak sampai i nak beli biskut cap pingpong kegemaran I pun habis.
"Semua orang pakat beli macam nak meniaga... Yalah, kalau semua ambil seorang 5 bungkus, sebungkus pun tak ada untuk I.
"Jomlah kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir," tulis Fasha.

Semua Gambar ni diambil oleh saya sendiri. (Kisah semalam) Mall jadi sepi, tapi grocery Store sesak sampai i nak beli biskut cap pingpong kegemaran i pun habis. Semua orang pakat beli macam nak meniaga.... ya La kalau semua amik sorang 5 bungkus, sebungkus pun takde utk i ? Jom la kita semua doakan agar situasi virus ini berakhir. Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan Kerajaan. Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat ?tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya. Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia. Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, Jadi kita harus ikut demi kesejahteraan Semua. ❤️ Be Safe kesayanganku. I love you ?? ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Bintang utama drama bersiri Lara Aishah ini turut mendedahkan majlis anjurannya juga terpaksa ditangguhkan.
"Majlis saya yang sepatutnya disambut hujung bulan ni pun terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan menghormati keputusan kerajaan.
"Memang sukar, sebab persiapan telah dibuat, jemputan semua dah dibuat, pembayaran semua dah dibuat.
"Tapi keselamatan semua lebih penting dari segalanya. Kita doa yang terbaik untuk negara kita Malaysia.
"Kita mendapat perintah untuk mengawal pergerakan kita, jadi kita harus ikut demi kesejahteraan semua. Be safe kesayanganku," tulis isteri kepada aktor Aidil Aziz ini lagi.
Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Fasha dan turut berdoa agar keadaan kembali pulih.
Pengikut laman Instagram aktres ini juga mendoakan agar Fasha sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Fasha, Dua Takdir Cinta kini sedang hangat bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima dan Prima HD.
Strim drama bersiri Dua Takdir Cinta lakonan Fasha di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Pencipta Biskut Famous Amos Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

gempak
15/08/2024
07:25 MYT
Sepanjang hayatnya, Amos juga aktif dalam mempromosikan literasi, termasuk menyediakan bilik bacaan di kedainya dengan sejumlah koleksi buku yang disumbangkan.
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.