gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
HIBURAN
Netizen Bengang Dengan Kenyataan Luqman Faiz - “Tak Ada Orang Nak Ajar Dia…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
Amri Hassan
13/11/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!
Penyanyi Naim Daniel berkongsi rasa bangga dan terharunya dijemput untuk menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku ketika acara perasmian Kejuaraan MotoGP Grand Prix Malaysia 2023 di Sepang, Selangor baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Naim Daniel Pernah Kutip Duit Syiling Demi Isi Perut Lapar - "Saya Miskin Gila..."

Kata Naim, lebih sebak apabila dia diberikan penghormatan untuk menyarung busana kebangsaan, Baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok.
"Diberi penghormatan untuk membuka gelanggang @motogp 2023 dengan menyanyikan lagu keramat “NEGARAKU”.
"Tak pernah terjangkakan dek akal untuk melaungkan lagu kebangsaan ini buat tatapan seluruh pelusuk dunia yang menyaksikan acara ini yang sambil mengenakan Baju Melayu di tengah hangatnya mentari Sepang hari ini. Kuasa Tuhan. Sungguh," kongsinya di laman sosialnya.
Perkongsian itu mendapat kata-kata semangat dan pujian daripada warganet yang turut berkongsi rasa bangga mereka.
"Respect with Baju Melayu.
"Tahniah, bangga tengok!
"Sedapnya nyanyi.
"Meremang bulu roma," demikian tulis beberapa warganet di ruangan komen.
Selain membuka gelanggang MotoGP dengan alunan lagu Negaraku, Naim turut berkongsi fotonya meluangkan masa bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Tun M
#Baju Melayu
#Negaraku
#Naim Daniel
#MotoGP
#Songkok
Must-Watch Video