,
Laman Utama

Naim Daniel Luah Rasa Kecewa - "Ada Yang Gadai Masa Dengan Anak Bini"

Syafiqah Jalal
18/02/2023
13:38 MYT
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel, 26, meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu drama lakonannya iaitu Projek High
Council ditayangkan secara haram menerusi sebuah platform media sosial, Telegram.
Naim berkata, hasil kerja pihak produksi termasuk dirinya bagai tidak dihargai apabila ada pihak tidak
bertanggungjawab menyiarkannya secara haram.
"Siang malam, kami seluruh tenaga produksi bersengkang mata, memperjudikan kudrat dari terbit matahari, hingga ke terbitnya matahari satu lagi. Yang namanya dilakukan buat seni, di balas dengan ini.
"Ada yang gadai masa dengan anak bini, yang dah lama hilang masa dengan keluarga dicintai. Yang bikin atas dasar mencari rezeki. Dicemari dengan cara sebegini, katanya.
Naim luah rasa kesal itu menerusi Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia turut memaparkan foto kumpulan laman sembang penyebaran drama berkenaan.
Dalam gambar tersebut, kumpulan Telegram berkenaan berjaya meraih lebih 6,000 pelanggan sekali gus menyiarkan episod terkini drama berkenaan.
Naim yang memegang watak Ayam di dalam drama berkenaan memberitahu banyak dugaan yang diharungi bagi menyiapkan Projek
High Council namun kini semuanya seakan sia-sia.
"Siang malam, yang lebam-luka satu badan, yang cedera semasa pengambaran, yang hilang selera makan.
Diduga oleh pihak yang hilang malu dan
ihsan.
"Yang bermati-matian but persiapan, bukan makan hari tapi berbulan. Dilacur-murahkan bagai semuanya satu mainan.
"Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli secara haram. Selamat dan lenalah buat kalian, siang dan juga malam," kongsinya.
Perkongsian Naim itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya serta warga maya yang turut kecewa dengan tindakan pihak berkenaan.
Selain Naim, siri popular arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria itu turut dibintangi oleh pelakon yang semakin meningkat naik Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Project Hight Council, sebuah siri Astro Originals yang bersiaran mulai 23 Januari 2023, setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

gempak
12/11/2024
08:55 MYT
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Unitar