,
Laman Utama

"Naik Trak Pick Up Keliling KL Cari ..." - Imuda, Andy Flop Poppy & Art Fazil Buat Lagu Cerita Fasal Traffic Jam

Amri Hassan
10/03/2021
06:25 MYT
Mengeluh dengan keadaan trafik di ibu kota yang sesak siang dan malam? Apa kata tenangkan jiwa dengan lagu blues Jam! dendangan kolaborasi Imuda, Andy Flop Poppy dan Art Fazil.
Rentak yang bersahaja, melodi dan senikata yang catchy mudah diikuti, kata Art Fazil, lagu Jam! mampu menghiburkan pemandu terutama yang tersekat dalam trafik.
"Lagu ini terilham dari pengamatan saya tentang keadaan hidup di kota metropolitan Kuala Lumpur. Idea lagu ini juga saya ambil dari perbualan harian teman-teman warga kota KL yang sering mengeluh tentang keadaan trafik terutama di waktu pagi dan menjelang malam.
"Seperti mereka yang harus memandu ke tempat kerja dan tersangkut di lebuhraya kerana padat dengan kenderaan, yang harus hantar anak pergi sekolah, dan juga di waktu waktu cuti umum di kala musim perayaan," katanya.
Memilih Imuda dan Andy Flop Poppy kata Art Fazil ekoran 'cool factor' dan 'street cred' yang dimiliki kedua-dua penyanyi tersebut.
Imuda terkenal dengan identiti sebagai pelukis, pemain muzik Blues dan pelawak manakala Andy masyhur dengan band indie Flop Poppy dan seorang pemuzik multi-instrumentalist.
Berkongsi pengalaman penggambaran muzik video Jam! kata Imuda mereka mempersembahkan lagu terbabit secara santai di belakang pacuan empat roda sambil mengelilingi Kuala Lumpur ketika kesesakan lalu lintas.
Penggambaran babak persembahan di belakang kenderaan ini ternyata mendapat sambutan para pengguna jalan raya yang lain dengan adanya ramai orang memberi isyarat tangan, melambai dan merakamkan foto dan video.
"Masa penggambaran muzik video Jam! memang betul-betul ada ‘jam’. Satu hari suntuk kita menyanyi dan merasai lagu Jam! dalam kesesakan bersama-sama.
"Dengan selambanya kita duduk di belakang kereta tu keliling satu bandaraya Kuala Lumpur. Seronok orang tengok kita, ada yang ekori kita lagi, semua orang tengok tapi kita buat muka tebal," kata Imuda berkongsi cerita.
Bagi Andy pula; "Seronok sangat masa penggambaran video, naik trak pick up seharian keliling KL mencari suasana kesesakan. Tak pernah-pernah mencari jam, tapi hari tu kita cari jam. Bila berhenti dalam kesesakan, siap ada orang buat permintaan lagu lagi.
"Tiada sesaat pun yang kita rasa tertekan dalam pembikinan lagu ini, dari rakaman lagu sehinggalah ke penggambaran muzik video."
Muzik video lagu Jam! boleh ditonton di YouTube Moro Records.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.