HIBURAN
Nafi Tumpang Populariti, Umisya Mazlan Dakwa Kena ‘Block’ Dengan Abby Abadi & Marissa Dania
Pempengaruh, Umisya Mazlan tampil menjelaskan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia cuba menumpang populariti keluarga madunya, Marissa Dania.
Jelas Umisya dia tidak pernah terfikir untuk menumpang populariti malah telah bersetuju untuk meletakkan jurang dalam perhubungan mereka berdua.
“Siapa sangka ujian sebegini membawa misya sampai kesini. Kalau betul misya menunggang populariti seperti yang dikatakan. Saya sama sekali akan membuat konten berpegangan tangan bersama madu saya, menjual produk bersama pihak sana dan sebagainya.
“Malah saya dan pihak sana membuat boundaries untuk ketenangan masing2. Hanya kami yang tahu tentang hal-hal yang terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, Umisya turut menegaskan dia tidak pernah meminta untuk mana-mana pihak membuat permohonan maaf.
Malah dia sendiri tidak mengetahui apa yang terjadi dalam kehidupan madu serta keluarga kerana telah di sekat di sosial media.
“Misya ingin menegaskan yang misya sama sekali tidak pernah mengeluarkan tentang "maaf" apatah lagi untuk mana2 pihak meminta maaf dekat misya sendiri. Baik pihak yang bersalah ataupun pihak yang sama sekali tidak melakukan apa-apa salah.
“Disini misya tekankan misya dah diblock oleh Puan Abby dan anaknya. Jadi misya memang taktahu dengan hal-hal yang berkaitan tentang mereka. Kecuali yang telah dikeluarkan oleh media atau dari netizen. Malah saya sendiri memang tidak berminat untuk masuk campur hal2 lain yang tidak ada kena mengena dengan misya.” ujarnya.
Menutup kenyataan, Umisya turut memohon maaf sekiranya pernah mengguris hati mana-mana pihak sepanjang isu ini berlangsung.
Terdahulu, pelakon Abby Abadi mempersoalkan tindakan netizen yang meninggalkan komen meminta dirinya memohon maaf dengan madu kepada anaknya Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.
Menerusi perkongsian di platform Thread, Abby berkata netizen sepatutnya meminta menantunya iaitu Aslam memohon maaf kepadanya atas apa yang telah berlaku dalam keluarganya.
Must-Watch Video