,
Laman Utama

Nafi Sindir Penyanyi Bermasalah, Nadhir Nasar; "Tweet Itu Sangat Rawak, Saya Pun Ada Kawan-Kawan ..."

Shahrin Zulkifle
12/10/2022
02:00 MYT
Pelakon Nadhir Nasar menolak dakwaan netizen yang mengatakan ciapannya di Twitter baru-baru ini seakan menyindir seorang vokalis band tempatan.
Jelas Nadhir atau pemlik nama lengkap Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, ciapan tersebut dibuat secara rawak dan tiada niat untuk ditujukan kepada mana-mana individu.
“Sebenarnya tweet berkenaan tidak menyindir sesiapa pun, ianya untuk kawan-kawan saya sahaja.
“Tweet tersebut adalah secara general sahaja dan kebetulan terkena dengan topik panas yang sedang diperkatakan ketika itu.
“Bila orang kata ianya untuk seorang vokalis itu tidak betul, saya ada kawan yang berlatar belakangkan muzik jugak, ada yang pemain gitar, pemain drum dan sebagainya,” katanya.
Nadhir ditemui usai dia menjadi tetamu dalam program MeleTOP yang bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil dan turut disiarkan menerusi Astro Ria, 9 malam.
Tambah Juara Hero Remaja 2020 itu, dia juga tidak mampu untuk menutup mulut netizen apabila mereka mengeluarkan pelbagai andaianya tersediri.
“Saya tidak sangka ia tular, untuk netizen yang berkata itu terpulang hak mereka.
“Kita hidup di dunia bukan ada diri sendiri sahaja, ada ramai orang, jadi saya harap tidak ada sesiapa yang terasa.
“Tweet itu sangat rawak, saya pun tak boleh tutup mulut orang, malah saya akui saya tidak selalunya betul, ada juga salahnya,” tambah Nadhir.
Terdahulu ciapan Nadhir yang berbunyi “Relax jangan acah rockstar sangat, kau bukan Billie Joe” tular dan mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Malah ada segelintirnya yang mengaitkan luahan pelakon Projek Anchor SPM itu dengan kontroversi yang melanda seorang vokalis tempatan yang bertindak meludah ke arah penonton ketika mengadakan persembahan pada sebuah konsert.
BACA: “Jangan Acah Rockstar, Kau Bukan Billie Joe…” – Nadhir Nasar Sindir Siapa?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Drama

Astro Tampilkan Drama Adaptasi Jepun Pertama Drama Turun Ke Hati & Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

gempak
13/08/2024
12:55 MYT
Dua drama adaptasi yang memenangi anugerah paparkan perjuangan orang dengan penglihatan yang terhad dan kesan buruk buli siber, bersiaran bermula Ogos ini di Astro Ria.
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
Viral

Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

gempak
03/06/2024
12:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar berkongsi kisah seram yang dialami ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan di Melaka.
Hiburan

"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

gempak
22/05/2024
07:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan tidak menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya sebagai salah satu persaingan di dalam industri seni tanah air.