,
Hiburan

Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”

Asyikin Mayudin
23/04/2024
04:22 MYT
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Enggan menjadikan kisah rumah tangga sebagai bahan diperkatakan, penyanyi lagu Kekal Bahagia ini juga berkata Fara boleh kemukan semua bukti didakwa itu di mahkamah.
“Saya menafikan segala tomahan dan fitnah yang berlegar di laman sosial… saya serahkan kepada mahkamah dan cerita semua di sana. Saya bukan jenis yang suka nak bercerita di laman sosial.
“Kalau dia ada bukti dia boleh tunjukkan di mahkamah bukan media sosial. Dia lebih tahu apa yang sebelum ini kami bincangkan. Pada saya bila banyak fitnah lebih baik kita serahkan di mahkamah.
“Kita ada berhubung untuk hubungi anak pertama, bagi saya sebagai figura tak suka cerita peribadi diandaikan oleh pihak lain sebab mereka tak faham apa yang saya alami,” katanya.

BERITA TRENDING: 3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”

Ippo hadir bersama peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan ditemui ketika prosiding kedua tuntutan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor.
Dalam pada itu, Ippo menyatakan dia masih menetap di kediaman yang sama dan mengakui anak keduanya yang tinggal bersamanya, gembira dan dalam keadaan baik.
“Kita tak pindah cuma kadang kala ada kerja di tempat lain. Buat masa ini saya menikmati masa dengan Ibrahim dan dia gembira bersama saya dan ya saya menjaga Ibrahim sendiri,” katanya.
Apabila ditanya sama ada masih sayangkan hubungannya bersama Fara, Ippo tidak menafikan.
“Susah saya nak cakap mengenai perkara itu, saya serahkan kepada mahkamah. Tipulah kalau tiada perasaan sayang. Keluarga ini memang kita ada perasaan sayang tapi apa yang boleh saya cakap saya minta semua doakan yang baik-baik.
“Dia masih isteri saya dan saya menghormati dia, jadi lindungilah maruah suami,” katanya.

BERITA TRENDING: Belum Dapat Beraya Bersama, Isteri Ippo Hafiz Dakwa Gagal Hubungi Anak Bongsu - “Kalau Tiada Halangan, Mesti Dah Jumpa Adik”

Dalam pada itu, peguam Ippo memberitahu pihak mereka masih belum menerima sebarang notis penyerahan permohonan cerai dan hadanah yang difailkan oleh Fara.
Sebelum ini, Fara mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Malah Fara juga mendakwa dia sudah cuba menghubungi Ippo namun suaminya tidak menjawab panggilan telefon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar