,
Laman Utama

Nafi Dakwaan Ibu, Paris Hilton Tak Stress Dapatkan Anak & Sudah ‘Simpan Stok’

Maliah Surip
19/11/2022
12:55 MYT
Selebriti Paris Hilton pantas menafikan dakwaan ibunya, Kathy Hilton yang mengatakan dia dan suami sedang berjuang untuk mendapatkan anak.
Kata bintang Simple Life itu, dia dan Carter Reum malah langsung tidak tertekan atau terdesak memiliki cahayamata meski keduanya sudah berusia 41 tahun.
“Saya tak tahu bagaimana dia mendapat informasi itu. Kami tidak pernah terdesak atau melalui fasa sukar untuk memiliki anak,” kata Paris seperti dilaporkan TMZ.
Dalam laporan sama, Paris mengaku dia dan suami boleh memiliki anak pada bila bila masa kerana sudah ‘menyimpan stok’ embrio. Dia juga boleh menjalankan rawatan IVF pada waktu yang diingini melalui ‘strategi’ yang dilakukan bersamanya.
Sebelum ini, Kathy, 63, memberitahu E! News, dia kerap mengingatkan anaknya agar bertenang dan tidak tertekan mengenai kehamilan atau perjalanan mendapatkan anak.
“Ia membuat saya sedih kerana dia tetap berusaha dan mencuba tanpa henti (dapatkan anak).
“Dalam banyak pasangan, mereka bersusah payah dan ia tidak terjadi begitu sahaja,” kata Kathy.
Sementara itu, Paris pada Januari 2021 pernah mendedahkan sedang menjalani rawatan IVF dan mengajak wanita yang sukar hamil mengikut jejak langkahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar