HIBURAN
Nadeera Zaini Sedih Ditegur Asyik Nyanyi Lagu Sama - “Sedih Juga Sebab Ini Lagu Pertama Saya”
Penyanyi Nadeera Zaini mengakui menerima beberapa komen negatif daripada segelintir netizen yang meluahkan rasa bosan kerana dia sering menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita di pelbagai acara.
Menurut Nadeera, atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, komen tersebut sedikit sebanyak membuatkan dirinya terasa hati, namun dia tetap berharap orang ramai tidak jemu dengan lagu ciptaan Hael Husaini itu yang telah banyak mengangkat namanya dalam industri muzik.
"Saya adalah terbaca komen yang kata, ‘Tak ada lagu lain ke nak nyanyi?’.
"Agak sedih jugalah bila baca sebab lagu ‘Bukan Lagi Kita’ inilah karya pertama yang membuatkan orang mengenali saya.
"Tapi ada juga peminat saya yang selalu nak mendengar saya menyanyikan lagu ini dan ia menjadi ‘evergreen’ untuk rata-rata pendengar.Korang janganlah bosan kalau saya asyik lagu ini saja,” katanya kepada Gempak.
Nadeera berkongsi perkara tersebut ketika acara showcase Big Stage yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) itu turut menyuarakan harapannya agar dapat diberikan karya yang mampu mencipta impak besar seperti Bukan Lagi Kita.
"Saya harap ada lah karya lain untuk saya yang ‘hype’ dia sama macam lagu ‘Bukan Lagi Kita’.
"Nak kata risau, sudah semestinya risau jadi saya harap orang boleh terima dan mendoakan saya boleh kekal lama dalam industri. Harap sangat ada rezeki itu,” kongsinya.
Sekadar info, Nadeera memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’.
Must-Watch Video