Nadeera Zaini Bangga Jadi Siti Zoners, Teruja Dapat Berduet Bersama Dayang Nurfaizah - “Ketika Saya Umur Tiga Tahun…”
Penyanyi, Nadeera Zaini mengakui dirinya adalah salah seorang peminat setia Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak kecil lagi.
Jelas pelantun lagu Emas itu, lagu pertama Siti Nurhaliza yang dinyanyikan olehnya adalah Cindai.
“Saya memang peminat Datuk Siti, ketika umur saya tiga tahun lagu Cindai adalah lagu pertama yang keluar daripada mulut saya.
Jelas Nadeera, dia sangat mengagumi bakat yang ada pada Dayang sebagai seorang penyanyi.
Malah, penyanyi berusia 32 tahun ini turut meluahkan rasa syukur apabila sentiasa mendapat sokongan daripada nama-nama besar dalam industri seni suara tanah air.
“Saya pada mulanya hanya suggest sahaja nama Dayang Nurfaizah kepada pihak pengurusan sebab saya sangat suka dengan keunikan suara dia, imej dia dan saya menjadikan dia sebagai idola saya.
Showcase sulung Nadeera bertajuk An Evening With Nadeera telah berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama.
Sekadar info, tiket showcase Nadeera habis terjual hanya dalam masa tiga minit selepas ia dibuka untuk jualan.