HIBURAN
Nabila Razali Mahu Jadi Ibu Terbaik, Beri Fokus Pada Anak - "Sekarang Bila Dah Ada Baby M..."
Penyanyi, Nabila Razali mengakui kehidupannya berubah setelah memiliki cahaya mata yang digelar sebagai Baby M.
Rasa perubahan selepas miliki cahaya mata
Menurut Nabila, perubahan yang dirasai adalah dari segi kerja dan juga masa.“Suami saya juga begitu, dia adalah seorang yang suka bekerja, kami berada di dalam situasi yang sama, jadi tidak ada masalah kerana faham antara satu sama lain.“Perubahan besar saya rasa lebih kepada kerja, kalau dulu boleh katakan kerja itu merupakan keutamaan saya. “Tetapi bila sudah berkahwin dan ada anak ini lain sedikit, saya harus pandai mengimbangkan antara kerja dan juga keluarga.
“Seperti sekarang, bila sudah adanya Baby M, nak tak nak kami berdua perlu korbankan masa masing- masing di mana kita perlu lebih memberi fokus pada anak,” katanya kepada Gempak.
Mahu jadi ibu terbaik buat Baby M
Dalam pada itu, Nabila juga berkata dia dan suaminya akan berusaha untuk meluangkan masa sebanyak mungkin bersama anak lelakinya dan cuba menjadi ibu terbaik.“Jadi kalau boleh kita ini nak jadi ibu bapa yang terbaiklah untuk anak kami,” jelasnya.“Kami mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada Baby M, dia pula baru nak membesar jadi akan ada temu janji dengan doktor dan sebagainya. “Sekarang pula dia sudah pandai mengagah, jadi nak kena bercakap dengan dia, itu adalah untuk perkembangan tumbesaran Baby M juga.
ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Kongsi Momen Lucu Jaga Anak - “Yang Ada Baby Boy Mesti Tahu, Kalau Nak Tukar Pampers…”
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dengan Lagu Raya Mana Versi Kelantan Bersama Den Manjo, Nabila Harap Orang Pantai Timur Tak Marah - “Saya Belum Fasih Loghat Kelate Takut Salah Sebut”
ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Belum Sedia Dedah Nama & Wajah Anak, Bimbang Penyakit Ain! - "Saya Tak Nak Ambil Risiko"
ARTIKEL BERKAITAN:Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"
ARTIKEL BERKAITAN:Beraya Di Kelantan, Nabila Razali Jadi Perhatian - “Comeynyo Mek Nab! Sempoi Bagi Duit Raya Tanpa Sampul”
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Must-Watch Video