Laman Utama
Nabila Huda Buka Workshop Percuma, Kongsi Ilmu Dengan Pelakon Baharu - "Abil Tak Ajar Berlakon Tapi Kongsi 'Basic Step' Untuk Jadi Pelakon Bagus"
Pelakon Nabila Huda, 36, meluahkan rasa gembira apabila niat murninya untuk membantu pelakon baharu dalam mengasah bakat lakonan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata sehingga kini dia sudah menerima sebanyak 150 penyertaan daripada individu yang berminat.
"Alhamdulillah, ada 150 orang yang berminat nak sertai workshop (bengkel) percuma saya! Sekarang nak kena rancang group by group.
"Memandangkan ini adalah kelas pertama saya yang pernah ada, agak struggle juga tapi takpa, sambil buat sambil belajar. Lockdown kan tak buat apa," tulisnya di laman Twitter.
Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 menekankan bengkel percuma yang disediakan ini bukan sebagai kelas lakonan tetapi sekadar berkongsi ilmu asas untuk menjadi pelakon yang bagus.
"Abil nak jelaskan dekat semua.. Bengkel percuma ini bukan kelas lakonan tau. Abil tak ajar berlakon.
"Saya bukan cikgu atau pensyarah ke. Abil bukan mengajar tapi Abil akan kongsi basic step untuk menjadi seorang pelakon yang bagus.
"Abil akan kongsi benda yang saya buat atau yang saya belajar dari zero sampai sekarang. Cara macam mana Abil bekerja dan sebagainya.
"Sebab itu saya cakap saya cari mereka yang baru, yang ada asas sebab kalau yang tak pernah berlakon, saya takut korang tak faham apa yang saya kongsi.
"Jangan risau, saya tengah susun group by group. Siapa yang tak ada asas, saya akan gabungkan dalam satu kumpulan.
"Mana tau kalau korang ada rezeki untuk capai impian korang untuk jadi seorang pelakon gunakan platform dari Abil kan. Amin!" tulisnya lagi.
Sebelum ini, Abil mencadangkan agar penerbit menyediakan kelas lakonan kepada golongan influencer yang baru menapak sebelum digandingkan dengan barisan senior.
Must-Watch Video