gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
25/06/2025
15:59 MYT
Sponsor Banner
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
GGR Motor, syarikat tempatan yang sebelum ini dikenali menerusi nama inspirasi filem Gila-Gila Remaja, kini beralih ke gear baharu dengan pelancaran motosikal elektrik (EV) terbaharu mereka.
Lebih menarik, inisiatif bertajuk Go Green Revolution ini turut melibatkan ramai selebriti popular tanah air sebagai wajah kempen hijau tersebut!
Menurut Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, kehadiran selebriti tempatan seperti Johan, Ajak Shiro, Nabil Ahmad, Cat Farish dan Bella Astillah adalah strategi penting untuk meningkatkan kesedaran awam.
"Saya percaya apabila artis sendiri menggunakan EV, ia memberikan impak lebih besar dari segi capaian dan kesedaran awam.
"Mereka bukan sekadar selebriti, tetapi sahabat lama yang saya percaya mampu membawa nilai positif kepada jenama.
“Ini bukan hanya tentang produk, tetapi tentang membawa perubahan budaya. Kita mahu generasi akan datang melihat mobiliti hijau sebagai gaya hidup harian,” katanya.
Lebih menarik, GGR Motor juga menaja dua unit LionG1 e-bike bernilai RM2,054 setiap satu sebagai hadiah istimewa untuk penonton bertuah konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025).
Untuk majlis pelancaran rasmi pada 28 Jun di Saloma Kuala Lumpur, barisan artis seperti Bella Astillah, Farid Kamil, Johan Raja Lawak, dan ramai lagi dijangka memeriahkan acara.
Sebagai simbolik besar kepada usaha ini, pihak GGR Motor turut menyampaikan hasrat agar pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Topic Berkaitan
#Nabil Ahmad
#Johan
#Bella Astillah
#Gaya Hidup
#Artis
#Motosikal Elektrik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement