,
Viral

“Myvi Berlumba, Langgar Civic Dan Budak Tu Tercampak Keluar Daripada Kereta,” - Pemilik ‘Dashcam’ Beri Penjelasan

Fiza Kamarudin
12/02/2020
02:31 MYT
Seorang pemilik akaun Facebook (FB) menggunakan nama profil Alan Chang yang juga pemilik rakaman ‘budak tercampak daripada kereta’ tampil memberi penjelasan mengenai kejadian tersebut.
Alan berkata dalam kejadian di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Pedas Linggi dekat Rembau, dua buah kereta dilihat sedang berlumba dan salah sebuah daripadanya telah melanggar kenderaan dinaiki kanak-kanak berusia dua tahun itu.
"Saya adalah pemilik dashcam untuk kejadian semalam. Sila abaikan tarikh dashcam sebab saya tidak set tarikh.
"Kejadian sebenar adalah sebuah Jazz biru yang berlumba dengan Myvi putih. Myvi putih lepas tu pecut ke lorong paling kanan dan kembali ke lorong ketiga dan melanggar (Honda) Civic menyebabkan budak dalam Civic itu tercampak keluar kereta.
"Ini video penuh utk menjelaskan kejadian semalam. Thank you," jelas Alan di FB JB TRACER: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report.
Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan ringan dan dirawat di wad Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.
Dalam perkembangan terkini, polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu Perodua Myvi putih dipercayai individu terbabit dalam kemalangan tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir berkata, lelaki terbabit ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang hari ini (Selasa).
“Susulan siasatan lanjut, pemandu lelaki Perodua Myvi putih berusia 20 tahun yang tular di media sosial ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang tadi.
“Reman akan dipohon untuk meneruskan siasatan lanjut.
“Selain itu, pemandu Honda Jazz biru iaitu lelaki berumur 23 tahun sudah tampil membuat laporan polis. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga berjaya menahan individu berkenaan.Terdahulu tular sebuah klip video menerusi ‘dash cam’ dimuat naik pengguna lebuh raya memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di atas jalan di lorong laju lebuh raya selain beberapa pengguna lain menghentikan kenderaan mereka dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
Kejadian sekitar 3.40 petang melibatkan tiga buah kereta masing-masing sebuah Honda Civic dan dua buah Perodua Myvi itu menjadi tular di laman sosial menerusi rakaman video berdurasi seminit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar