BERITA
"My Baby Daddy & Love Of My Life" - Ini Ucapan Scha Alyahya Sempena Ulang Tahun Kelahiran Awal Ashaari
Aktres popular, Scha Alyahya menulis ucapan sempena ulang tahun kelahiran suaminya, aktor Awal Ashaari yang ke-38.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Happiest birthday to The Greatest thing since sliced bread, my Baby Daddy, my confidant and the love of my life!
"Awak sentiasa bersama saya ketika susah senang dan awak tahu saya juga sentiasa bersama awak.
"Awak membawa kebahagiaan pada kita sekeluarga dan orang-orang di sekeliling awak," tulis Scha sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Awal dan mendoakan kesejahteraan buatnya.
Dalam pada itu, Scha turut berkongsi beberapa foto sekitar makan malam yang berlangsung malam tadi sempena meraikan hari istimewa suaminya itu.
Ia turut dihadiri oleh beberapa teman rapat mereka termasuklah Nazim Othman dan Dynas Mokhtar.
Imbas kembali, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berusia lima tahun.
Must-Watch Video