Hiburan
Musim Artis Cerai Buat Azhar Sulaiman Rasa Takut - “2024 Tahun Yang Buruk Kepada Ramai Pasangan Yang…”
Ramai pasangan selebriti memilih untuk mengakhiri rumah tangga mereka dengan perceraian pada tahun ini antaranya Fattah Amin, Fazura, Emma Maembong, dan terbaharu Que Haidar.
Sedih & Takut
Menganggap 2024 tahun yang teruk buat pasangan yang berpisah, pelakon Azhar Sulaiman mengakui dia mula berasa sedih dan bimbang dengan musim perceraian rakan selebriti.
“Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar,” kongsinya di Instagram.
Pada masa yang sama, Azhar turut memuat naik video memperlihatkan koleksi gambar dia bersama isteri dan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu
ARTIKEL BERKAITAN: Ari Lasso Cerai Lepas 25 Tahun Kahwin, Pernah Ditentang Keluarga Beza Agama
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Didakwa Ada Masalah Kesihatan Lelaki Punca Cerai? Datuk Fazley Kata No!
ARTIKEL BERKAITAN: Tular ‘Senarai Selebriti Wanita Terkini Untuk Dihalalkan’, Bella Astillah Terkilan –“Saya Tak Rasa Happy Pun”
Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruang komen mendoakan agar rumah tangga Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dilindungi Allah dan kekal hingga ke jannah.
“Semoga sampai akhir hayat Behar dan Kak Chem. Comel sungguh Kak Chem masa muda.
“Moga sampai syurga Behar dan kak Chempaka… Amin.
“Beharr… big bro, kita doakan cinta you dan kak Chempaka sampai ke jannah amin,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga anak, Kasih Leia Ixora (1998) dan dua anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin (2002).
Must-Watch Video