,
Laman Utama

Murung Perniagaan Kerugian, Bapa 2 Anak Terjun Tingkat 10 Pangsapuri

Gempak
24/06/2021
00:21 MYT
Lagi kisah bunuh diri, seorang lelaki yang mengalami kemurungan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang tinggal di Taman Bayu, Butterworth telah terjun dari pangsapuri itu.
“Dia sebelum itu pergi ke pangsapuri berkenaan dengan motosikal dan menaiki lif ke tingkat 10.
“Mangsa telah duduk dan melunjur kaki keluar di kaki lima sebelum secara tiba-tiba bertindak terjun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas isteri mangsa berusia 26 tahun, lelaki itu dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan menerima rawatan dari klinik swasta empat hari lalu.
“Bapa kepada dua cahaya mata berusia empat dan dua tahun itu mula kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian,” katanya lagi.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat serta kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.
Sementara itu, kejadian tersebut sempat dirakam orang awam sebelum video rakaman berkenaan tular di media sosial.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

gempak
24/08/2024
00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Berita

'Hantu' Murung Menakutkan Pengguna Jalanraya Dicekup Polis

gempak
19/08/2024
06:00 MYT
Kerisauan pengguna dengan wujudnya 'hantu' di laluan Jalan Austin Height Utama dekat Johor Bahru berakhir apabila jelmaan 'hantu' yang menakutkan pengguna dilaluan itu akhirnya dicekup polis.
Sukan

Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"

gempak
13/08/2024
02:30 MYT
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sukan

Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

gempak
10/08/2024
12:30 MYT
Jaguh squash dunia, Datuk Nicol David tampil menitipkan kata-kata semangat buat penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri yang menamatkan pusingan akhir di Olimpik Paris 2024 semalam.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Hadir Sebagai Wild Card, Dhabitah Muncul Penerjun Ke-12 Terbaik Dunia

gempak
09/08/2024
14:38 MYT
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, menamatkan saingan di tangga ke-12 dalam saingan 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 sebentar tadi.