,
Berita

Murid Tak Pernah Pergi Kolam Renang, Guru Sekolah Pedalaman Ini Buat Simulasi Guna 200 Beg Plastik! Kreatif!

ZULHILMI JALIL
19/10/2020
00:15 MYT
Bagi mereka yang tinggal di bandar, barangkali mandi di kolam renang mungkin sudah menjadi sebahagian aktiviti riadah di hujung minggu.
Begitupun, tidak bagi murid-murid pedalaman di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, Lawas, Sarawak.
Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris ini, Muhammad Nazmi Rosli, 27, dalam merealisasikan impian anak-anak muridnya merasai pengalaman di kolam renang wajar dipuji.
Biarpun tidak mampu membawa anak muridnya ke kolam renang sebenar, Muhammad Nazmi membuat keputusan untuk 'membina' kolam buatannya sendiri ke bilik darjah sebagai salah satu simulasi bahan pembelajaran.
Menggunakan 200 beg plastik berwarna biru, ternyata, pelbagai reaksi teruja yang ditunjukkan murid-muridnya di Darjah 3 tersebut.
"Topik pada hari itu adalah mengenai pendedahan peraturan kepada para pelajar. Di sebabkan pelajar saya ini mereka kurang terdedah dengan dunia luar, jadi saya pilih nak 'bawa' mereka ke kolam renang kerana mereka tak pernah pergi ke kolam renang.
"Bahkan, ketika saya sibuk menyiapkan simulasi kolam mereka kata nak buat istana pasir. Mereka sangka kolam renang itu di pantai. Bahkan, sebilangan besar mereka juga tidak pernah ke pantai," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Terdahulu, menerusi satu entri di Twitter, gelagat 16 para pelajarnya yang 'berenang' dan mengenakan tuala mandi di kepala sambil duduk di tepi 'kolam' mencuri tumpuan warga net.
Perkongsian statusnya itu kemudian diulang kicau lebih 6,000 kali dan menerima lebih 10,000 tanda daripada pengguna Twitter.
Katanya, penggunaan beg plastik tersebut sebenarnya, sudah lama dibeli bagi kegunaan sepanjang tahun untuk membuang sampah.
"Beli banyak terus sebab kalau di pedalaman ini susah nak turun naik ke pekan terdekat.
"Bila tiada kain biru untuk buat air, maka terpaksa guna beg plastik ini dahulu. Lepas guna simpan semula sebab masih elok," ceritanya.
Menurut Muhammad Nazmi lagi, pada mulanya, dia mengakui berdepan cabaran tersendiri apabila diberi tanggungjawab untuk mengajar di sekolah pedalaman berikutan faktor kekangan fasiliti.
Hal ini kerana, dia perlu berdepan cabaran mengajar tanpa capaian internet, penggunaan elektrik yang dicatu dan masalah rangkaian telefon yang lemah.
"Mula-mula cemburu juga dengan kawan-kawan yang mengajar di bandar, mereka dapat akses kepada platform pembelajaran yang lebih canggih termasuklah pembelajaran dalam talian.
"Tapi, lama kelamaan, saya rasa saya ditempatkan untuk mengajar di sekolah yang betul kerana ada kelebihan menjadikan bahan terbuang sebagai alat bantu mengajar sekaligus dapat dimanfaatkan oleh murid di sini," ujarnya yang memberitahu perlu ke pekan berdekatan menaiki bot untuk mendapatkan capaian internet.
Menurut Muhammad Nazmi lagi, selain kolam renang, dia juga pernah membawa masuk stesen kereta api dan dobi cucian pakaian ke dalam kelas sebagai simulasi pembelajaran berikutan permintaan anak muridnya yang tidak pernah merasai pengalaman tersebut.
Sebagai info SK Long Sukang hanya mempunyai seramai 111 orang pelajar yang terdiri daripada murid Darjah 1 sehingga 6.
Muhammad Nazmi yang sudah masuk tahun keempat bergelar pendidik pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2019 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Foto: Twitter Muhammad Nazmi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

gempak
12/08/2024
04:52 MYT
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.
Viral

Lari Daripada Kebiasaan, Hijrah Prihatin Santuni 40,000 Golongan Memerlukan - "Memang Nak Bagi Semua Merasa"

gempak
20/07/2024
18:47 MYT
Sempena meraikan sambutan ulang tahun TV AlHijrah ke-14, sebanyak empat pertubuhan diberikan bakul makanan yang merangkumi makanan keperluan asas bagi menyantuni golongan memerlukan.
Viral

"Puan Nak Saya Buat Apa?" - Guru Terkesima Terima Mesej Wanita Mengadu Anak Tingkatan 1 Kasut Hilang Sebelah

gempak
04/07/2024
07:55 MYT
Sebuah perkongsian yang dibuat seorang guru memaparkan seorang wanita dipercayai mengadu tentang kasut anaknya yang hilang sebelah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Terkini

Polis Siasat Dakwaan Guru Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Lelaki

gempak
25/03/2024
02:30 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang guru sekolah menengan didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama pelajar lelaki.