,
Laman Utama

Murid Patah Jari, Kipas Siling Bilik Darjah Terjatuh

Gempak
19/10/2022
07:47 MYT
Seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama dekat sini patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah dalam satu kejadian pada Selasa.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.
Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.
"Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain.
"Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Kakitangan awam itu berkata, anaknya telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Dia dan isteri agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.
"Kes sebegini sepatutnya boleh dikira kecemasan tetapi pihak pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.
"Ketika isteri saya tiba di sekolah, tangan anak saya ketika itu sudah bertukar warna dan sepatutnya perlukan rawatan segera tetapi mereka masih lagi memintanya mengisi buku log kebenaran keluar sekolah dan sebagainya.
"Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain," jelasnya.
Mohd yang melihat sendiri keadaan bilik darjah itu mendapati, kipas terbabit telah pun uzur, berkarat dan sepatutnya tidak selamat untuk digunakan.
Katanya, penggunaan peralatan dan kemudahan yang uzur seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan isu keselamatan murid dan guru.
"Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi," katanya.
Satu laporan polis telah dibuat Mohd berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

6 Terbunuh, Puluhan Cedera Bas Jatuh Dalam Gaung Di Barat Daya Pakistan

gempak
15/09/2024
08:55 MYT
Sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Sabtu menyebabkan enam orang terbunuh dan 24 lagi cedera, menurut polis, lapor Xinhua.
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Viral

Kejadian Sama Masih Berulang, Pemuda Nyaris Cedera Terpijak Paku Terpacak Di Rawang

gempak
01/09/2024
11:25 MYT
Tular sepotong video memaparkan seorang lelaki hampir tercedera selepas terpijak satu objek tajam seperti paku di atas sebuah jalan raya di Emerald, Rawang.
Berita

Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

gempak
29/08/2024
09:55 MYT
Dua orang cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terjerlus ke dalam lubang benam di Seoul pada Khamis.