,
Hiburan

“Mungkin Juga Tiada Pelakon Lain Yang Lebih Sesuai” - Shukri Yahaya Tak Kisah Kerap Terima Watak ‘Baran’

Asyikin Mayudin
04/03/2024
11:55 MYT
Meskipun kerap menerima watak ‘lelaki baran’, namun pelakon Shukri Yahaya berkata lakonan yang diberikan sehabis baik itu masih diterima oleh penonton.
BERITA TRENDING: Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang
Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini juga menganggap watak yang sama diterima olehnya itu merupakan satu rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah.
“Tak tahu nak cakap apa, sebab setahu saya sudah cuba sebaik mungkin melakonkan watak itu (lelaki baran) dan setakat ini apa yang saya tengok penonton masih menerimanya dengan baik.
“Jadi, saya tiada masalah sekiranya tetap diberikan watak sebegini yang masih sama pada masa akan datang kerana ia adalah rezeki. Saya tidak mungkin menolaknya kerana Allah sudah tentukan rezeki itu untuk saya.
“Mungkin juga tiada pelakon lain yang lebih sesuai untuk melakonkannya selain saya sebab jadi lelaki baran ini tidak mudah kerana perlu betul-betul menjiwai karakter itu, barulah boleh buat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shukri turut mendedahkan lakonan marah yang ditunjukkan dalam drama siri popular itu merupakan dirinya sendiri.
“Cuma, marah yang saya tunjukkan itu walaupun lakonan adalah perasaan sebenar diri sendiri kalau memang marah. Itulah marah Shukri Yahaya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”

gempak
03/04/2024
03:55 MYT
Suka tengok Norreen & Tya.
Viral

Pengasas Bulan Bintang Berhabis RM200,000 Untuk CSR Kempen Sinar Ramadan, Tambah 10 Hadiah Pakej Umrah!

gempak
01/04/2024
11:57 MYT
Azzim Zahid Azmi memperuntukkan kira-kira RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi kempen Sinar Ramadan Bulan Bintang.
Hiburan

Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang

gempak
25/02/2024
00:55 MYT
Alhamdulillah...
Drama

Shukri Yahaya Jadi 'Jahat', Bukan Inspirasi Layangan Putus! Ini 5 Fakta Menarik Drama Layang-Layang Perkahwinan

gempak
23/01/2024
11:55 MYT
Menarik drama ni!
Terkini

Ingatkan Dah Finale, Berjemaah Kena 'Scam' Ada Lagi 4 Episod Andai Itu Takdirnya! - "Berlumut Duk Ngadap TV"

gempak
19/06/2023
09:40 MYT
Minggu ni minggu akhir, janji!