,
Hiburan

"Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

Asyikin Mayudin
14/08/2024
11:33 MYT
Setelah beberapa hari mendiamkan diri, penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan berhubung status rumah tangganya dengan Dr Rushdi Ramli.

Status Perkahwinan

Memohon maaf sebab berdiam diam, Nora menerusi Instagram miliknya berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan semua orang sudah jelas mengenai status perkahwinannya.

“Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons pada isu ini. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Nora juga mengakui dia hanya manusia biasa yang tidak terlepas membuat kesilapan namun tetap reda dengan apa yang telah berlaku.

Berlapang Dada

“Sebagai manusia saya juga tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan kesalahan. Sebelum ini hubungan kami baik-baik saja. Alhamdulillah, saya berlapang dada diatas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.

“Mungkin ini yg terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua,” ujarnya lagi.

Teka-teki mengenai rumah tangga Datuk Nora Ariffin yang dikatakan goyah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi laman Instagram, pada petang Isnin.
Spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.
Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.
Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
16/09/2024
07:25 MYT
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.