,
Hiburan

Muncul Dengan Single Rap Baru, Kayda Selit Mesej Berguna Buat Kaum Hawa

Kamaruddin Razal
28/11/2019
12:31 MYT
Penyanyi yang sinonim dengan muzik bergenre hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda, 28, kembali dengan video muzik terbaharu berjudul Macam-Macam.
Dilancarkan beberapa minggu yang lalu, single ini dicipta dan dihasilkan oleh Lucka Sickta kolaborasi bersama Kayda sendiri dan merupakan lagu rap solo pertama dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
Bermula secara suka-suka seawal usia 13 tahun, mmemilih kerjaya sebagai penyanyi rap di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan Kayda telah pun mengorak langkah secara profesional pada usia 21 tahun.
"Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai genre muzik, dan genre R&B serta hip hop menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya berasa seronok mendengarnya. Macam-Macam merupakan luahan saya secara peribadi yang saya terjemahkan dalam bentuk lagu dan membawa maksud kematangan saya sebagai seorang wanita.
"Saya juga ingin mengajak para wanita di luar sana agar lebih berani dan kuat dalam menghadapi pelbagai jua rintangan. Selain membawa mesej memperkasakan wanita, kaum hawa jangan mudah cair dengan kata-kata manis sang adam dan mampu berdikari dalam membuat sebarang keputusan hidup.
"Sebagai wanita, kita juga mempunyai kelemahan diri tetapi jangan biarkan ia menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita," katanya.
Bercerita mengenai pembikinan muzik video Macam-Macam, proses penggambaran tidak memakan masa yang lama kerana team pengurusan dan krew sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Kayda.
"Memandangkan saya juga rap dalam Bahasa Mandarin, saya ingin ketengahkan elemen oriental melalui dekorasi yang gah di Hotel Federal dan membawa simbolik seorang maharani dalam generasi sekarang yang lebih kendiri, perkasa dengan nilai-nilai adat timur.
"Selain itu, saya juga ingin ketengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia melalui video muzik ini di mana kita mampu hidup bersama dalam keadaan yang harmoni akan tetapi masih menghadapi masalah yang sama di zaman yang serba moden ini.
"Saya berharap penggemar lagu hip hop di luar sana akan terhibur dengan buah tangan terbaharu daripada saya ini," katanya lagi.
Muzik video lagu Macam-Macam boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube ‘Kayda’ dan juga boleh dimuat turun di iTunes serta semua syarikat telekomunikasi tempatan sebagai nada dering panggilan dan boleh dinikmati melalui penstriman atas talian seperti iTunes, Spotify, Deezer, Joox dan Apple Music.
Sila layari saluran YouTube ‘Kayda’ untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.