,
Laman Utama

"Mula-Mula Dapat Skrip, Saya Terkejut Sebab..." - Rupa-Rupanya Sangeeta Krishnasamy Peminat Besar Bront Palarae!

Asraf Aided
29/11/2021
12:11 MYT
Pelakon Sangeeta Krishnasamy berkongsi reaksi pertama ketika mendapat tawaran berlakon dalam filem Proksi.
Menurut Sangeeta, pada mulanya dia terkejut kerana filem tersebut menampilkan aktor kegemaran yang dikagumi, Bront Palarae.
"Mula-mula saya dapat skrip dan senarai pelakon, saya terkejut kerana saya memang peminat besar Bront Palarae.
"Saya tonton dan suka filem-filem lakonan dia, melihat pada cara menjiwai watak, Bront memang seorang aktor yang 'gifted' dan serius dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon berkaliber," katanya.
Dalam pada itu, Sangeeta juga berbesar hati kerana berpeluang tampil dengan pelakon bernama besar lain seperti Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Allahyarham Ashraf Sinclair dan Remy Ishak dalam filem sama.
"Kemudian saya lihat lagi senarai ada Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Ashraf Sinclair, dan ramai lagi, semuanya artis handal di Malaysia.
"Untuk berlakon satu filem dengan mereka, saya kena buat persediaan dengan sebaik mungkin," katanya lagi.
Mengulas tentang pengalaman di set penggambaran bersama barisan pelakon handalan itu, Sangeeta mengatakan semuanya bersikap mesra dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.
"Bila saya masuk set, cara mereka layan saya tiada bezanya dengan orang lain, sangat baik dan saya rasa selesa dengan mereka, banyak perkara yang saya belajar kerana mereka suka memberi tunjuk ajar," tuturnya menutup bicara.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi di pawagam rumah anda!
Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.