,
Laman Utama

Mulai 11 Hingga 21 Februari, Pelanggan Astro Boleh Layan Filem 'Blockbuster' Secara Percuma

Zulaikha Yusof
10/02/2021
08:36 MYT
Astro dengan berbesar hati memberikan previu komplimentari saluran filem terpilih di televisyen dan Astro GO kepada semua pelanggan Astro mulai 11 hingga 21 Februari 2021, sebagai penghargaan atas kemenangannya di Putra Brand Awards 2020 baru-baru ini.
Pelanggan Astro boleh menikmati hiburan tanpa henti dari filem pecah panggung terhebat di saluran HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) dan tvN Movies HD (CH416).
Antara filem yang ditayangkan termasuklah Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn dan Spider-Man: Far From Home di HBO, dan Bad Boys for Life serta Little Women di Fox Movies.
Kanak-kanak pula boleh menyaksikan filem animasi popular Despicable Me 2 dan komedi-aksi Sonic The Hedgehog di HBO.
Sementara itu, peminat filem Korea disajikan dengan sekuel Train To Busan iaitu Peninsula, serta Okay! Madam, Tazza:The High Rollers dan Love + Sling di saluran tvN Movies.
Digelar ‘Anugerah Pilihan Rakyat’, Putra Brand Awards mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukur berdasarkan pilihan pengguna.
Astro juga melanjutkan tontonan komplimentari Pek Kanak-Kanak dan saluran Berita (kecuali SKY News) sehingga 18 Februari.
Pelanggan Astro juga boleh menikmati previu komplimentari saluran HITS Movies HD (CH401) yang menampilkan filem-filem popular 60-an hingga 90-an seperti Jaws 3-D, Edward Scissorhands dan Back To The Future di televisyen dan Astro GO hingga 21 Februari 2021.
Nota: Previu komplimentari saluran filem di FOX Movies (CH413 HD / CH433), FOX Action Movies HD (CH415) dan FOX Family Movies HD (CH414) hanya boleh ditonton di televisyen sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.