,
Hiburan

Mula Berjinak Dengan PUBG, Muna Shahirah Sanggup Berhabis Duit

Zulaikha Yusof
01/03/2020
11:24 MYT
Penyanyi Muna Shahirah sanggup menghabiskan sejumlah wang semata-mata untuk permainan permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).
Menurut Muna, dia mula tertarik untuk melibatkan diri dalam dunia gaming ini pada tahun 2018 selepas terikut dengan rakan sekeliling.
"Sekarang ini saya dah terlibat dengan dunia gaming iaitu PUBG. Saya bukan setakat hanya bermain permainan atas talian tapi dalam masa sama menghabiskan duit juga di situ.
"Bulan lepas saya telah habiskan sebanyak RM500 untuk beli keperluan dalam permainan itu.
"Sebelum ini bila saya tengok kawan-kawan main 'game', saya memang tak minat.
"Bila pergi satu acara atau majlis, saya tengok kawan-kawan perempuan antaranya Sarah Suhairi, Fieya Julia yang main dan masa tu dah fikir seronok sangat ke?
"Dari situlah saya bermula dan sampai sekarang masih lagi meneruskan. Saya akan membahagikan masa dengan baik supaya kerjaya saya tidak terjejas," katanya kepada Gempak.
Muna ditemui ketika majlis E-Sports Hijabis bersama Zayan dan Konistra yang diadakan di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, Universiti Malaya semalam.
Dalam pada itu, pelantun lagu Suratan Luka ini berpendapat hobinya itu bukanlah satu pembaziran.
"Saya tak merasakan ini adalah pembaziran kerana ia minat saya. Saya buat semua ini untuk kepuasan diri sendiri tapi masih ikut limit kemampuan... tidaklah melebihi.
"Bila saya dah mula melabur duit mungkin selepas ini saya akan menjana pendapatan pula. Takkan hanya sekadar bermain tanpa mendapat pulangan, kan?
"Kalau dah ada kumpulan nanti bolehlah 'streaming' sama-sama. Kalau boleh, selepas ini saya ingin lebih fokus," katanya lagi.
E-Sports Hijabis bersama Zayan dan Konistra merupakan kerjasama jenama radio Zayan dan Konistra dalam memberi galakan kepada wanita Muslim untuk menceburi bidang e-sports dan berhijab bukanlah satu penghalang untuk mereka.
Terdapat enam jenis permainan atas talian yang dipertandingkan iaitu Mobile Legends, PUBG Mobile, DOTA2, TEKKEN7, FIFA dan PES.
Selain Muna, antara selebriti hijabis yang turut sama hadir memeriahkan lagi majlis adalah Amira Othman dan Wani Syaz.
Untuk kali ini, pertarungan e-sports bakal menerima 460 peserta dari seluruh Malaysia, Singapura dan Filipina yang bertarung untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM20,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

gempak
12/06/2023
04:29 MYT
PUBG Mobile Lancarkan Pek Khas Untuk Polis EVO 3
Laman Utama

“Mulanya Saya Memang Pelik, Bila Bangun Pagi Ada Orang Di Sebelah” - Muna Shahirah Selamat Bernikah Dengan Mualaf

gempak
21/05/2023
02:55 MYT
Tahniah Muna!
Laman Utama

Hello Pemain Amatur PUBGM! Why Not Cuba Sertai Telur Mata Cup & Menang RM50,000!

gempak
20/11/2022
09:45 MYT
Try la guys mana tahu rezeki kan.
Laman Utama

"Dia Pandai Main Emosi, Dahlah Makin Charming Sekarang Ni" - Muna Shahirah Selesa Kerja Dengan Afieq Syazwan

gempak
02/10/2022
06:44 MYT
Ewah ewah depa...
Laman Utama

Kuasai PUBG Mobile, 4Rivals Dah Bersedia Nak Chicken Dinners!

gempak
14/03/2022
01:59 MYT
All the best 4Rivals