,
Laman Utama

Muka Berubah, Kylie Jenner Tegas Hanya Besarkan Payudara

Maliah Surip
26/10/2023
14:00 MYT
Salah seorang ahli keluarga The Kardashian, Kylie Jenner sering dikaitkan dengan kecantikannya.
Salah satu hal yang selalu dipertikai peminat adalah wajah Jenner yang didakwa semakin berubah selepas dia berusia 16 tahun.
Khalayak mendakwa perubahan wajah Jenner yang ketara terutama pada bahagian bibir, pipi dan hidung disebabkan oleh operasi pembedahan plastik.
Meski pernah menafikan dakwaan tersebut sebelum ini nampaknya Jenner masih dengan pendirian yang sama.
Dalam temu bual bersama Wall Street Journal, Jenner sekali lagi dengan tegas mengatakan tidak pernah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.
Jenner kemudian mengatakan payu dara adalah bahagian badan yang menerima ‘sentuhan’ pembedahan plastik.
“Saya tidak pernah sentuh wajah saya tapi melakukan proses besarkan payu dara pada usia 19 tahun. Saya kemudian hamil dan tidak pernah merancang untuk mengandung pada usia 19 tahun juga,” katanya seperti dilaporkan Yahoo.
Jenner sebaliknya mengaku hanya melakukan filler. Filler adalah proses memasukkan zat yang digunakan dalam tindakan kosmetik tanpa bedah yang berguna untuk menghilangkan kerutan, garis halus, serta membuat wajah menjadi lebih tegang.
“Satu kesilapan besar persepsi orang tentang saya adalah saya telah melakukan banyak perubahan atau pembedahan untuk menukar seluruh wajah saya kerana perasaan tidak yakin diri.
“Itu salah. Saya hanya melakukan fillers,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.