gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Luna Maya Tak Kisah Kentut Depan Maxime Waktu Awal Bercinta – “Lambat Laun Dia Tahu Juga…”
HIBURAN
Alya Iman Dedah Lakon Watak Elina Tanpa Sebarang Solekan - “Saya Beranikan Diri Untuk…”
HIBURAN
Kuala Lumpur Bakal Dirampas! Akim & The Majistret Sedia Gegarkan Pentas Mega Star Arena 28 Jun Ini!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Muat Naik Hantaran Tentang Kanak-Kanak Di Gaza, Kumpulan Pro-Israel Minta Ms Rachel Disiasat, Dakwa Sebar “Propaganda Anti-Israel”

gempak
Umirah Halim
13/04/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Muat Naik Hantaran Tentang Kanak-Kanak Di Gaza, Kumpulan Pro-Israel Minta Ms Rachel Disiasat, Dakwa Sebar “Propaganda Anti-Israel”
Personaliti kanak-kanak popular, Ms Rachel, menjadi perhatian selepas kumpulan pro-Israel, StopAntisemitism, mendesak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyiasat sama ada dia berfungsi sebagai ejen asing susulan beberapa hantaran yang menzahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak di Gaza.
Dalam surat rasmi, kumpulan itu mendakwa Ms Rachel, atau nama sebenarnya Rachel Griffin Accurso, mungkin menerima bayaran untuk menyebarkan kandungan yang “selari dengan Hamas”.
Mereka merujuk kepada hantaran media sosial beliau yang memaparkan gambar kanak-kanak kebuluran dan angka korban dari Gaza, yang sejajar dengan laporan PBB.
Ms Rachel sebelum ini menjelaskan bahawa beliau terpanggil untuk bersuara selepas melihat video seorang kanak-kanak trauma di Gaza.
Tahun lalu, Ms Rachel juga melancarkan kutipan dana yang berjaya mengumpul lebih USD50,000 (RM221,100.00) untuk tabung kecemasan Save the Children.
“Saya ambil berat tentang semua kanak-kanak – Palestin, Israel, Muslim, Yahudi, Kristian – semua,” tulisnya di Instagram.
Setakat ini, tiada bukti dikemukakan yang menunjukkan Ms Rachel menerima dana asing, dan pihak Jabatan Kehakiman belum memberikan sebarang maklum balas mengenai permintaan siasatan tersebut.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#Rachel
#Pro Israel
#MS
#disiasat
Must-Watch Video