gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
HIBURAN
Cardi B Disaman Sebab Baling Mikrofon Pada Peminat
HIBURAN
Elyana Kongsi Foto Tanpa Rambut, Netizen Tertanya Status Kesihatan Terkini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Muat Naik Foto Bertunang & Bridal Shower, Adik Neelofa Athisha Khan Akan Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Azwa Rahman
Azwa Rahman
20/01/2022
04:01 MYT
Sponsor Banner
Muat Naik Foto Bertunang & Bridal Shower, Adik Neelofa Athisha Khan Akan Berkahwin Dalam Masa Terdekat?
Adik kepada selebriti Neelofa, Athisha Khan meraikan hari pertunangan bersama kekasih hati Wan Amirul Haiqal dalam majlis serba ringkas.
Menerusi laman sosial Instagram, Athisha, 24, memuat naik foto-foto sekitar majlis pertunangannya untuk tatapan umum.
View this post on Instagram
A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)
Malah, dia turut berkongsi video pada hari tersebut di laman YouTube.
Majlis yang dipercayai berlangsung sekitar hujung tahun lalu dihadiri ahli keluarga serta adik-beradik kedua-dua belah pihak.
Turut sama menjadi saksi pada hari tersebut adalah suami kepada Neelofa, Haris Ismail serta pasangan Noor Nabila, Engku Emran.
Menerusi ruangan IG Story juga, Athisha turut memuat naik foto sekitar majlis bridal shower yang berlangsung pada malam tadi.
Bukan itu sahaja, adiknya Ameera Khan turut berkongsi foto bridal shower yang disambut bersama keluarga terdekat di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Athisha dan Haiqal di atas pertunangan mereka.
Tidak kurang juga ramai yang memuji majlis yang serba ringkas dan penampilan Athisha yang cukup manis mengenakan baju kurung merah jambu.
“Congrats! Tak sabar tengok Athisha naik pelamin,” komen seorang wargamaya.
“Wohoo! Alhamdulillah one step closer. Congrats Athisha dan Haiqal,” kata seorang wargamaya.
“Congrats Athisha! Dah sampai masanya. 10 tahun mengenali satu sama lain, precious. All love,” ujar seorang wargamaya.
“Congratulations, simple and sweet,” puji seorang wargamaya.
“Athisha ni bagus, setia pada yang satu,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 72,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
#Adik Neelofa
#Athisha Khan bertunang
#Wan Amirul Haiqal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement