gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
HIBURAN
Fattah Amin Ulas Dakwaan Dibayar Jutaan Ringgit Jadi Duta Minuman Tenaga Orang Kampung - "Fasal Bayaran Ni..."
HIBURAN
DOLLA Gegarkan ROUND Festival 2025, Sempat Ajar Paul Kim Menari di Zepp KL!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"

Amri Hassan
Amri Hassan
09/05/2024
10:20 MYT
Sponsor Banner
MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"
Jurusolek terkenal Mua Bellaz memutuskan untuk menghentikan pengeluaran produk keychain kartun menggunakan wajah anaknya, Nur Aisywarya Nealofa.
Jelas Bellaz, dia mengambil kira pandangan dan nasihat daripada pengikutnya di media sosial demi kebaikan keluarganya.

"Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.

"Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.
"Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi," maklumnya di Instagram.

BERITA TRENDING: “Kawan Baru Bilal Ke Ni?” - Cantik Betul Mata Aisywara Naelofa! Neelofa Pun Puji Anak MUA Bellaz

Bagaimanapun, separuh pengeluaran cenderamata yang telah siap akan diberikan kepada pelanggan secara percuma.
Melihat situasi itu sebagai satu hikmah, Bellaz memaklumkan pihaknya bakal mengeluarkan cenderamata kemeja-t anak perempuannya.
"Nanti support baju Wara ye. Tak apa kan gambar Wawa kat baju tu nanti? Khas buat peminat Wara Bellaz Cartoon juga," tambahnya.
Terdahulu, MUA Bellaz memberitahu terdapat segelintir netizen berasa kurang selesa apabila keychain berkenaan mempunyai wajah Wara.

PILIHAN PEMBACA: [VIDEO]: “Ingat Ira Kazar, Rupanya Anak MUA Bellaz” - Netizen Hampir Tersilap, Mujur Tak Salah Orang

Topic Berkaitan
#Viral
#Anak
#Muka
#Mua Bellaz
#Keychain
#Nur Aisywarya Nealofa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement