HIBURAN
Mr. E Sifatkan Erra Fazira Seorang Yang Matang, Elegan, & Bijak - “Dia Juga Senang…”
Usahawan, Ezwan atau Mr. E yang kini sedang akrab dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira tampil berkongsi mengenai pandangannya terhadap aktres tersebut.
Sifat keperibadian Erra
Menerusi satu wawancara Keluarga, Ezwan menyifatkan selebriti jelita itu sebagai seorang yang matang, bijak dan bertoleransi.
"Erra seorang yang sangat matang, elegan. Dia juga senang bawa berbincang dan seorang yang bijak,” ujarnya.
Selain itu, mengulas mengenai sesi siaran langsung dirinya dan Erra yang dilakukan baru-baru ini, Ezwan menzahirkan rasa syukur apabila aktres tersebut sudi membantu dirinya untuk mempromosikan Kueh Cafe miliknya.
“Ramai yang bertanya tentang sesi ‘live’ bersama Erra dengan Kueh sebelum ini. Alhamdulillah, saya ada kawan yang sudi membantu.
“Cuma dia bukan setiap hari ada di kafe sebab bukan bekerja di situ. Apa pun saya sangat bersyukur,” ujarnya.
Terdahulu, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.
Biarpun bukan pertama kali mereka muncul bersama, kesudian Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, mempromosikan kafe Ezwan seakan membuktikan hubungan mereka sangat istimewa.
Perkara tersebut turut mengundang respons positif ramai yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.
Erra kini juga dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki terbabit dengan mengakui situasi tersebut disebabkan faktor kematangan dirinya.
Tindakan Ezwan memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Erra pada 9 Februari lalu mencetuskan spekulasi berkenaan keintiman mereka.
Awal tahun ini kecoh dalam media sosial mendakwa artis berstatus ibu tunggal itu dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada seseorang.
BERITA BERKAITAN: Tiada Cinta Berputik, Erra Fazira Tepis Spekulasi Kisah Peribadi - “Saya Bersyukur Berkawan Dengan Lelaki Berstatus…”
BERITA BERKAITAN: Diusik Gosip Cinta Dengan Mr. E, Ini Reaksi Erra Fazira!
BERITA BERKAITAN: "Berilah Peluang, Kami Baru Nak Kenal... Kalau Tak Jadi, Saya Juga Malu" - Erra Fazira
BERITA BERKAITAN: "Selamat Ulang Tahun Buat Kamu Yang Mendamaikan" - Erra Fazira
Must-Watch Video