gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Dana Armada: Syed Saddiq Lepas & Bebas
BERITA
Iran Isytihar Perang 12 Hari Dengan Israel Tamat
BERITA
"Saya Berdoa Supaya Menang, Mahu Bersihkan Nama' - Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Move On Cepat Atau Lambat Saya Serah Pada Allah" - Fattah Amin

Amri Hassan
Amri Hassan
24/06/2025
21:25 MYT
Sponsor Banner
"Move On Cepat Atau Lambat Saya Serah Pada Allah" - Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin berpendapat setiap individu mempunyai cara tersendiri meneruskan kehidupan selepas melalui episod perpisahan.
Bagi Fattah, 35, tidak salah sekiranya seseorang itu cepat melupakan kisah silam mereka kerana setiap individu melalui fasa kehidupan berbeza.
“Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun dah ditetapkan sekali. Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.
“Jadi saya ‘move on’ atau saya dapat jodoh cepat atau lambat, saya serah pada Allah. Itu saja,” katanya yang ditemui ketika pelantikannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) di Petaling Jaya pada Selasa.
Fattah berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan dikatakan cepat ‘move on’ selepas mengalami episod keruntuhan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun Fattah tidak menafikan sesetengah lelaki cepat melupakan kisah silam berbanding wanita tetapi ia bergantung kepada apa yang mereka lalui dalam kehidupan.
“Kena tanya balik mereka ‘move on’ dari segi apa? Kalau hal perceraian itu bagi saya bergantung kepada individu.
“Kita tak boleh menyamakan cara setiap orang ‘move on’ itu sama, sebab setiap orang melalui fasa kehidupan berlainan.
“Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat, bagi saya cepat atau lambat terpulang pada individu.
“Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat,” katanya.
Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka kemudiannya sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Fattah Amin
#Fazura
#Amira Othman
#Move On
#Orang Kampung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement