,
Berita

Moratorium Peminjam PTPTN Dilanjut Sehingga Disember

Asraf Aided
04/08/2020
11:41 MYT
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020, lapor AWANI.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.
"Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.
"Sekiranya terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Jelasnya, Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Justeru pengumuman penangguhan bayaran balik pinjaman itu diharapkan dapat membantu meringankan beban peminjam PTPTN.
Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertorial

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 Kembali Lagi! WOW! Lebih RM1.3 juta Untuk Anda!

gempak
09/02/2024
14:00 MYT
Jom simpan SSPN!
Advertorial

Perhatian Peminjam PTPTN, Istimewa Untuk Anda! Nikmati Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Melalui Belanjawan 2024

gempak
15/01/2024
09:55 MYT
Perhatian peminjam PTPTN, ini tawaran terbaik untuk anda.
Laman Utama

Simpan Duit Pun Boleh Dapat Pelepasan Taksiran Cukai? Ini Caranya!

gempak
27/12/2022
09:24 MYT
Apa keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN?
Laman Utama

Kemeriahan Gameshow Tabung Impian Menyaksikan 3 Peserta Utama Yang Mara Ke Pusingan Akhir dan Merebut Wang Tunai Sebanyak RM25,000!

gempak
14/09/2022
10:33 MYT
Tahniah kepada kesemua peserta yang berjaya membawa pulang wang kemenangan yang lumayan ini!
Laman Utama

Keluarkan RM10,000 KWSP, Bank Bakal Reject Loan? Netizen Dah Cuak, Tapi Betul Ke?

gempak
17/03/2022
01:16 MYT
Biar betul ni?