,
Hiburan

Mohon Ruang, Kaka Azraff Tampil Bersuara Selepas Didakwa Sudah Bercerai - “Maaf Sekiranya Saya & Adam Tak Dapat…”

Asyikin Mayudin
01/11/2024
05:57 MYT
Setelah empat hari mendiamkan diri, penyanyi Kaka Azraff akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan dia dan suaminya, Adam Azriff sudah bercerai pada Isnin lalu.

Ucap terima kasih

Menerusi perkongsian di Instagram, Kaka bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas keperihatinan orang ramai terhadap dia sekeluarga.
Kaka memohon agar semua pihak memberi ruang kepada dia dan Adam untuk bersama tiga orang anak mereka yang lebih memerlukan perhatian.

“Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui.

“Kami mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian,” kongsinya.

Mohon maaf

Pada perkongsian yang sama, Kaka turut memohon maaf jika dia dan Adam tidak dapat dihubungi buat masa sekarang.

“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda. Salam sayang,” katanya.

Terdahulu, perkahwinan Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff dikatakan telah menemui titik noktah apabila mereka didakwa telah bercerai talak satu baru-baru ini.
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Baik Blockout 2024, Kaka Azraff Sekat Beberapa Selebriti Antarabangsa Di Media Sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Terkilan Kontrak Ditamatkan, Cuma…” - Kaka Azraff Mahu Warner Music Beri Alasan Jelas
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kaka Azraff Kongsi Petikan Ayat Tentang Lelaki Bertanggungjawab - "Kahwinilah Lelaki Yang Boleh ..."

gempak
01/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi Kaka Azraff sempat memuat naik petikan ayat di Instagramnya mengenai ciri-ciri lelaki yang patut dijadikan suami oleh seorang wanita.
Hiburan

Kaka Azraff Didakwa Bercerai Talak Satu?

gempak
28/10/2024
09:23 MYT
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Unitar