,
Hiburan

"Moga Baik-Baik Untuk Uncle Azwan" - Naim Daniel Bidas Kenyataan Azwan Ali Buat Kali Kedua!

Hanafis Haris
12/02/2020
10:43 MYT
Penyanyi Naim Daniel sekali lagi tampil membidas pengacara Azwan Ali berhubung kenyataan yang dilakukan pada sidang media di Hotel Marriot Putrajaya, petang semalam.
Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya.
Menurut Naim, dia berterima kasih atas penjelasan berkenaan dan berharap Azwan sentiasa dalam keadaan baik.
"Salam Uncle Azwan, terima kasih atas pencerahan ini.
"Tak mengapa jika uncle Azwan kurang senang dengan lagu Sumpah, saya baru sahaja keluar lagu baru bertajuk Sembah.
"Harap uncle boleh dengar dan terima, insyaallah. Moga yang baik-baik untuk uncle Azwan. Allahumma Aamiin," katanya sebagai kapsyen.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji tindakan berani Naim itu.
Selain netizen rakan seperjuangan Naim seperti Noh Salleh, Ismail Izzani, Indah Ruhaila dan Andi Bernadee turut memberi kata-kata semangat terhadapnya.
Anda boleh lihat antara komen di bawah.
Terdahulu kecoh di platform Twitter apabila Azwan seakan menghina Naim.
Menerusi kicauan tersebut, Azwan mendakwa dia tidak mengenali Naim dan menganggapnya sebagai artis 'sangkak'.
Walaubagaimanapun semalam, Azwan tampil menjelaskan hentaman berkenaan ditujukan secara umum dan bukan tertumpu pada Naim semata-mata.
BACA: "Orang Ingat Saya Hina Dia Tapi..." - Label Naim Daniel Sebagai Sangkak, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ada Masa Kita Senyap Tapi Dipijak” - Naim Daniel ‘Naik Hantu’, Netizen Biadab Sampai Main ‘Kepala Bapak’

gempak
05/07/2021
23:39 MYT
Allahu sampai main mak ayah?
Laman Utama

“Jangan Malu, Ambil Mana Perlu Untuk Kelangsungan Hidup” - Wujudkan Misi Food Bank, Naim Daniel Buat Ramai Bangga!

gempak
04/07/2021
23:15 MYT
Terbaik Naim!
Hiburan

Aina Abdul Mahu Bereksperimentasi Di Pentas AJL35, Janji Tak Ulang Kontroversi Gimik Baju Berdarah

gempak
11/01/2021
01:50 MYT
Saya tak nak dikecam sampai saya tak boleh tengok video sendiri dalam YouTube.
Laman Utama

“Orang Mudah Menghina Saya, Tapi Mereka Lupa Hidup Ini Allah Tentukan” - Air Mata Azwan Ali Tumpah Gara-Gara…

gempak
08/09/2020
10:32 MYT
Kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan arwah bapanya iaitu Haji Ali
Laman Utama

Didakwa Lupa Diri Selepas Menang AJL34? Ini Penjelasan Naim Daniel

gempak
12/08/2020
07:43 MYT
Saya tak sombong.