Hiburan
"Modal Simpan Biasiswa...Tak Sampai Seribu" - Farah Lee Kenang Zaman Awal Mulakan Perniagaan
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee mengenang zaman ketika dia memulakan perniagaan menjual tudung.
Menurut Farah, dia hanya berbekalkan modal kurang RM1000 yang disimpan dari biasiswa ketika melanjutkan pengajian di Korea.
"Ketika memulakan bisnes tudung pada hujung tahun 2012, modal simpan biasiswa JPA, tak sampai RM1000 pun. Sesungguhnya saya bukan business person. tapi tercetus idea nak jual bawal shawl bila orang selalu tanya saya beli dimana corak-corak seperti itu.
"Farah reka nak gayakan macam mana sebab di Korea mana ada kedai jual tudung. jadi dengan modal tadi saya beli beberapa helai tak sampai 50 helai pun.
"Saya mekap sikit, susun buku atas kerusi, pinjam DSLR kawan. letak atas susunan bukun tu, set timer dan lari ke dinding untuk posing," kongsi Farah di Instagram.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Farah turut mengimbau zaman mula-mula mengikuti perkembangan perniagaannya di laman sosial.
Difahamkan, perniagaan Farah yang diteruskan sejak pulang ke Malaysia pada tahun 2013 itu bertahan sehingga kini.
Terdahulu, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun rumah tangga mereka itu menemui titik noktah pada Ogos 2016.
Must-Watch Video