,
Hiburan

MLM2019: “Tengok Diri Sendiri Depan Cermin Pun Gelak” – Selamba Pakai Baju Sendat, Azlee Memang Sempoi

Mya Amri
05/12/2019
12:02 MYT
Anggota kumpulan STONE, Azlee Senario akui tidak kisah memakai baju sendat demi melakukan persembahan di pentas Maharaja Lawak (MLM2019) Jumaat lalu.
Menurut Azlee, itu merupakan sebahagian daripada sketsa dan juga lawak untuk menghiburan penonton.
“Sebenarnya itu saja baju yang ada untuk digunakan jadi saya cakap pada Acong, tak mengapa kita pakai nanti nampak kelakar.
“Tidak dinafikan kami berdua ini memang berisi orangnya, suka tak suka persembahan tetap perlu diteruskan.
“Jadi kita redah saja, tapi bila dah siap pakai dan bila berdiri depan cermin masing-masing gelak. Kelakar juga rupanya ya.
“Pada saya perkara itu bukanlah satu masalah yang besar, jadi saya okay saja,” katanya ketika ditemui Gempak.
Selain Azlee, STONE turut dianggotai oleh Mamat Sepah dan Acong.
Terdahulu, minggu kedua menyaksikan STONE menduduki tempat keenam dengan jumlah markah 47.10%
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Azlee Senario Dikejarkan Ke IJN - “Mohon Sama-Sama Dipermudahkan Urusan”

gempak
06/06/2024
03:43 MYT
Pelawak dan pelakon, Azlee Senario dikejarkan ke hospital Sungai Buluh sebentar tadi.
Hiburan

"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari

gempak
01/05/2024
11:27 MYT
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Viral

Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario

gempak
19/04/2024
03:55 MYT
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Hiburan

“Bukan Minta Sedekah, Orang Yang Bagi” - Azlee Senario Raih RM15,000 Di TikTok, Syukur Dapat Bayar Duit Kereta & Rumah

gempak
02/04/2024
11:25 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Wira Legend Yang Wahid Curi Tu Ada Lagi Ke?” - Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Terbaharu Senario

gempak
17/12/2021
04:50 MYT
Memang tak sabar!