,
Laman Utama

MK K-Clique Off Market, Selamat Bergelar Suami Siti Hajaar

Syafiqah Jalal
16/06/2023
01:58 MYT
Penyanyi MK K-Clique, 27, selemat bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pdengan hanya sekali lafaz dalam sebuah majlis nikah di Masjid Jami'il Huda, Ampang kira-kira jam 9.35 pagi
Pasangan itu dinikahkan oleh juru nikah Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami'il Huda, Ampang, Hj Mahdi Mat Zain serta diwalikan oleh bapa kepada pengantin perempuan Datuk Sri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, segak berbaju putih bersih menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 (sama dengan nombor plat kereta MK) dan seutas gelang tangan., manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu kedua-dua belah pihak masing-masing berbalas enam hantaran.
MK yang ditemui usai majlis pernikahannya bersyukur kerana semua berjalan lancar.
"Alhamdulilah saya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Syukur sudah jadi suami orang.
"Walaupun persiapan dilakukan dalam masa agak singkat tapi semuanya dipermudahkan. Doakan kebahagiaan kami," kata MK ringkas.
Majlis pernikahan yang diadakan cukup sederhana itu hanya diahadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Berita pernikahan penyanyi rap kelahiran Tawau, Sabah ini juga turut menamatkan spekulasi dirinya bakal berkahwin dengan gadis yang digosipkan dengannya sebelum ini.
Terdahulu, tular video yang memaparkan aksi mesra MK yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita tular di media sosial, baru-baru ini.
Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.
Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Isteri Kongsi Nama Anak Pertama Berserta Maksud

gempak
04/09/2024
04:47 MYT
Selepas sebulan, isteri kepada penyanyi MK K-Klique iaitu Siti Hajaar menerusi TikTok berkongsi nama cahaya mata perempuan pertama mereka iaitu Aya Rayana.