,
Berita

Mizz Nina Bawa Musa Jumpa Pakar Psikiatri - "Waktu Pulang Rumah Dia Cirit Birit, Muntah, Kuku Panjang & Kotor"

Muhammad Firdaus
06/02/2024
05:26 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma yang teruk selepas lebih tiga minggu berjauhan dengannya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mendakwa Musa mula trauma selepas dibawa keluar bekas suaminya, Noh Salleh.
“Bayangkan budak sekecil itu dilarikan dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.
“Dia trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak boleh nak jumpa.
“Dia mengalami ketakutan yang amat sangat dan begitu juga dengan saya, sangat risaukan dia,” katanya.
Nina turut memaklumkan dia telah membawa anak angkatnya itu berjumpa dengan pakar psikiatri sebaik sahaja kanak-kanak itu dikembalikan.
Menurut Nina, Musa mengalami sakit selepas lebih tiga minggu berjauhan dengannya.
“Sewaktu Musa pulang dari rumah, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.
“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor dan pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” jelasnya.
Tambah Nina, kejadian tersebut juga membuatkan anak angkatnya itu berdepan dengan masalah pengabaian ibu bapa (abandonment issue).
“Sebagai contoh kalau saya nak bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya.
“Dia seolah seperti sudah hilang kepercayaan dan merasakan yang saya takkan kembali kepada dia,” kongsi Nina.
Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.
Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
Bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan.
Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022. Sepanjang bersama, pasangan itu tidak dikurniakan sebarang zuriat.

BERITA TRENDING: "Tiada Pertikaian, Kami Punyai Dokumen Pengangkatan Musa Yang Lengkap" - Mizz Nina Tarik Balik Dua Kes…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!

gempak
13/04/2024
04:57 MYT
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
Berita

Tepis Dakwaan Netizen, Ibu Kandung Musa Nafi Terima Bayaran Daripada Mizz Nina - “Tidak, Saya Tidak Dibayar”

gempak
07/02/2024
07:55 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menepis dakwaan netizen yang mengatakan dia dibayar oleh Mizz Nina
Berita

Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”

gempak
07/02/2024
06:42 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam
Hiburan

"Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa

gempak
06/02/2024
07:18 MYT
Noh Salleh dakwa Mizz Nina penyebab trauma Musa
Berita

“Apa Buktinya Yang Dia Penjaga Tunggal Musa Yang Sah?” - Noh Salleh

gempak
06/02/2024
05:08 MYT
Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mendakwa bekas isterinya, Mizz Nina tidak menyatakan perkara sebenar setelah menetapkan dirinya sebagai satu-satunya penjaga yang sah ke atas anak angkat mereka, Musa