,
Laman Utama

"Minum Arak, Clubbing, Makan B*b*, Serumah Dengan Suami Orang..." - Aishah Azman Dedah Perangai Isteri Afiq Muiz, Nafi Abang Kaki Pukul!

Syafiqah Jalal
29/11/2022
11:18 MYT
Pelakon Aishah Azman menyangkal dakwaan isteri abangnya, Afiq Muiz iaitu Pachara Pain yang menuduh abangnya sebagai seorang kaki pukul.
Aishah juga mendakwa Pachara yang juga seorang pelakon sengaja mahu memanipulasi kenyataannya untuk memalukan keluarga mereka.
“Siapa kena pukul? Awak atau abang saya?
“Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Jangan macam tu, saya tahu A-Z apa awak buat dengan abang saya. Allah Maha besar,” jawabnya.
Aishah berkongsi kenyataan balas itu di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Pachara menerusi laman Facebook dan TikTok miliknya mendedahkan Afiq ada mematahkan kaki serta jarinya.
Dalam kemas kini yang sama, Aishah turut mendedahkan tingkah laku Pachara yang didakwa menderhaka kepada Afiq yang dikatakan masih suaminya yang sah.
“Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, makan bab*, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang. Suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang victim.
“Jangan dengar sebelah pihak, saya tahu apa awak buat, duduk serumah dengan suami orang walaupun berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebarkan fitnah,” tegasnya.
Aisha juga memberitahu tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi apa yang dilakukan Pachara adalah satu perkara yang melampau dan dia bakal mengambil tindakan undang-undang.
“Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa tapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya, dalam masa yang sama kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit.
“Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya. Jika ada lagi kata-kata berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap awak dan kuncu-kuncu awak. Jangan lupa, negara kita ada undang-undang,” ujarnya lagi.
Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Unitar