,
Hiburan

“Minum Air Rasa Tomyam” – Netizen Usik Penggunaan Serai Sebagai Straw

Azwa Rahman
16/01/2020
09:55 MYT
Penggunaan serai bagi menggantikan penyedut minuman merupakan salah satu usaha murni untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik.
Hasil cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ini telah digunakan di kafe Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan dan bakal diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.
Memetik laporan Harian Metro, Senator KADA, Datuk Husam Musa bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
"Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.
"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," katanya kepada Harian Metro
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, penggunaan serai itu nampaknya telah mengundang usikan para wargamaya. Terdahulu, sesetengah negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang telah menghentikan penggunaan straw plastik bermula tahun 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Berani Buat Pembedahan Plastik, Yuni Shara Tegangkan Kulit Leher

gempak
08/09/2024
13:45 MYT
Melihat kepada wajah awet mudanya meski sudah berusia 52 tahun, ramai yang menyangka penyanyi Yuni Shara melakukan pembedahan plastik.
Hiburan

Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”

gempak
17/07/2024
00:02 MYT
Artis sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dilihat ikut memberi pandangan mengenai kisah beberapa rakan selebriti yang melakukan pembedahan plastik atas nama perubatan.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Berita

Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

gempak
25/06/2024
11:49 MYT
Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Hiburan

“Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen

gempak
09/05/2024
08:55 MYT
Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila dianggap kelihatan sedikit matang berbanding usianya.