,
Laman Utama

Minta Rahsiakan Sakit, Biaya Umrah Sahabat, Kebaikan Adibah Noor Dibawa Ke Syurga

Maliah Surip
18/06/2022
15:55 MYT
Adibah Noor meninggal dunia. Begitu, platform laman sosial menjadi trending dan khabar disampai panjangkan dari kiriman WhatsApp ke WhatsApp.
“Betul ke?”, “Adibah Noor meninggal?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.
Akhirnya khabar yang sangat mengejutkan itu menyapa kita semua dengan penuh duka cita. Adibah Noor Muhamed Omar atau cukup terkenal dalam kalangan peminatnya sebagai watak Kak Yam meninggal dunia.
Ya bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya dalam filem Gubra atau Sepet, juga Mukhsin atau Buli Balik serta guru di siri pelajaran Oh My English! ini sudah dijemput Ilahi.
Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu berpulang pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles pukul 7.40 malam selepas bertarung sekian lama dengan penyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, kanser ovari.
Khabar berpulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.
Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu Terlalu Istimewa (2005) dan Teman (2010) ini mahu penyakitnya itu kekal menjadi rahsia.
Kanser ovari yang dihidapi pelantun Terlalu Istimewa ini sudah kritikal, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kimoterapi bagi mengubati penyakit kanser ini.
“Ya, kami sudah lama tahu (beliau menghidap kanser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesedihan terhadap Allahyarham kepada Gempak.
Duit untuk umrah
Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, Bahasa Rindu, Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.
Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 9 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.
“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu Bahasa Rindu. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.
Kurus
Ironi juga, baru 10 hari lalu beliau mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto yang memperlihatkan perubahan fizikal yang gempal menjadi kurus.
Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan dan ‘rahsia kurus’, Adibah masih kental dan berjiwa besar memaklumkan: “Makan enam sudu sehari”.
Tanpa kita semua ketahui, apakah yang dimaksudkan beliau dengan ‘makan senam sudu sehari’ sebagai kesan sakit kepada penyakit yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
BACA: Penampilan Makin Kurus, Adibah Noor Kejutkan Netizen! - “Saya Hadkan Makan Enam Suap Sahaja..”
Atau ‘enam sudu sehari’ kerana hanya itu yang mampu ditelan selepas melewati sesi kimoterapi yang amat menyakitkan diri.
Atau beliau memang benar-benar dalam fasa menurunkan berat badan atas apapun alasan; yang sebenarnya betapa hebat seorang Adibah Noor masih mahu khalayak melihat beliau dalam keadaan sihat dan baik baik sahaja bersama senyum lebar dan keramahannya.
Misha Omar menangis
Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan Allahyarham termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.
“Di awal kimo, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan.
Di hujung hayatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa. Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.
Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.
Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.
Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Adibah Noor.
Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggalkan kita semua.
Al Fatihah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar