,
Laman Utama

“Minta Maaf Kalau Tweet Menyinggung Perasaan, Dengan Ikhlas Saya Bertanya Pasal ATM…” – Harith Iskander

Fiza Kamarudin
25/12/2021
05:33 MYT
Pelawak dan pengacara Harith Iskander memohon maaf sekiranya ciapan yang dibuat sebelum ini menyinggung perasaan ramai.
Selain memohon maaf, Harith turut memberi penjelasan mengapa dia bertanya tentang keberadaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat di beberapa kawasan.
“Minta maaf kalau tweet menyinggung perasaan. Untuk penjelasan ini waktu saya berada di "ground zero" dengan bot sendiri sempat menyelamat 12 orang yang terperangkap.
“Bomba, Polis, NADMA ada. Dengan iklhas saya tanya pasal ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan,” ciap Harith. Sebelum itu Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.
Kenyataan Harith Iskander di media sosial itu yang seolah-olah mempersoalkan peranan ATM membantu mangsa banjir itu, menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.
Susulan itu, warganet turut menggesa Harith memohon maaf kepada ATM kerana kenyataan dibuat kurang tepat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Hiburan

“Saya Benci Drama, Kami Tidak Mengungkit Masa Lalu…” - Dr Jezamine Lim Buka Lembaran Baru, Mahu Fokus Kerjaya & Jadi Ibu Lebih Baik

gempak
01/08/2024
03:55 MYT
Bekas isteri kepada pelawak Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim melahirkan rasa syukur apabila kes melibatkan rumah tangga mereka di mahkamah syariah sudah selesai dengan lancar.
Hiburan

Harith Iskander Pelik Didakwa Curang, Model Cantik Rupanya Kenalan Dr Jezamine - “Saya Kenal Pun Tidak”

gempak
31/07/2024
08:25 MYT
Bekas isteri pelakon dan pelawak, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim menepis spekulasi yang mendakwa perceraian mereka disebabkan kerana seorang model.
Hiburan

Kelihatan Tenang Sebaik Sahaja Bercerai, Dr Jezamine Titip Pesanan Untuk Wanita Di Luar Sana - “Jangan Jangkakan Suami Anda Akan Menjadi…”

gempak
28/07/2024
07:55 MYT
Reda apabila rumah tangga yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian, bekas isteri kepada pelawak Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim tetap kelihatan tenang sebaik sahaja talak dilafazkan pada Khamis lalu.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.