HIBURAN
Mimi Lana & Syafiq Kyle Tak Letak Sebarang Syarat Lepas Kahwin - “Perlu Ada Common Sense, Kita Sendiri Tahu Baik Buruk…”
Pelakon, Mimi Lana mendedahkan suaminya, Syafiq Kyle tidak meletakkan sebarang syarat khusus dalam kerjayanya selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Perlu ada common sense
Bagaimanapun Mimi berkata, setiap pasangan harus pandai menilai sesuatu tindakan dan tahu menjaga batas demi menghormati pasangan.“Kita sudah ada perbincangan ini sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah,” ujarnya.“Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense. “Sebagai manusia, kita boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Kita sendiri tahu baik buruk sesuatu perkara.
Mimi berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama, First Wives yang berlangsung di TGV, KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Teruja untuk First Wives
Mengulas mengenai drama premium terbaharu Astro Original, First Wives lakonannya, Mimi akui teruja untuk terlibat di dalam sebuah naskah yang mendukung wanita lebih-lebih lagi bila dipertemukan dengan suami bermasalah.“Walaupun ini merupakan drama komedi, saya rasa agak sedih. Wanita ini hatinya lembut dan sanggup berikan segalanya kepada pasangan. Bila suami pula buat hal, saya jadi sedih,” jelasnya.“Kita sering disajikan dengan drama wanita menindas wanita lain. Namun, saya suka drama ini kerana mengetengah wanita yang memerlukan sokongan sesama wanita. “Wanita ini jika mereka bergabung, kita akan jadi lebih kuat. Bila saya membawakan watak ini, saya harap para wanita yang mengalami nasib sama, mereka akan rasa dilihat dan didengari.
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle Seronok Beraya Di Kampung Mimi Lana, Dapat Kenal Keluarga Besar Isteri - “Biasalah Tahun Pertama Ada Rasa Kekok Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle & Mimi Lana Temui Hikmah Sebalik Penangguhan Majlis Kahwin - “Kami Berdua Ambil Pendekatan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Risau Hal Masak, Mimi Lana Pun Cuba Resipi Khairul Aming - “Saya Pelajar Kelas Depan KA, Kuih Belum Cuba Sebab..."
ARTIKEL BERKAITAN:Bergelar Isteri, Mimi Lana Beraya Dengan Mentua - “Ini Adalah Raya Pertama Saya Tanpa Keluarga…”
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tersentuh Hati Lihat Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana - “Alhamdulillah Rahsia Tuhan Akhirnya Terjawab”
Selain Mimi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Malek Mccrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Zeera Azizi dan Andy Teh.
First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions.
Sementara itu pengarahnya adalah Imri Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter.
Drama premium 8 episod ini akan menemui penonton bermula 11 April, setiap Isnin jam 9 malam, di Astro Citra (saluran 108), manakala Astro Ria (saluran 104).
Manakala pada 12 tengah malam menerusi platfrom On Demand, Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video