gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lagu Hatiku Milikmu Kembali Tular Di TikTok, Ramai Yang Mencari Nera AF9 - “Lagu Galau Paling Deep Dulu”
HIBURAN
Ibu Siti Jamumall Tampil Buka Mulut - “Mereka Pernah Bergaduh Kasar, Sudah Berbuih Mulut Beri Nasihat”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ariel Fesol Dedah Sering Terima Mesej ‘Cringe’ Dari Peminat Lelaki - “Bila Kita Dah Start…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Mimi Lana Sedia Bergelar Ibu, Serah Pada Rezeki - “Syafiq Kyle Setiap Hari Cakap Fasal Nama Anak“

gempak
Khairil Khusyairi
16/05/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Mimi Lana Sedia Bergelar Ibu, Serah Pada Rezeki - “Syafiq Kyle Setiap Hari Cakap Fasal Nama Anak“
Pelakon, Mimi Lana menyerahkan pada Tuhan soal rezeki untuk menimang cahaya mata bersama suami yang juga aktor, Syafiq Kyle.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, dia dan Syafiq mempunyai perancangan untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru dan memohon doa yang baik buat dirinya dan suami.
“Ada (perancangan) sebab kami sudah berkahwin. Apa yang boleh, kami akan usahakan. Kalau ada rezeki itu ada lah.
“Kalau tunggu selesai penggambaran memang takkan habis. Macam dulu kalau tunggu habis penggambaran masih tak kahwin.
“Sebab itu saya hanya serahkan pada rezeki, jika ia sampai saya sangat bersyukur. Tak mahu tunggu lagi, kalau ada rezeki, doakan saya,” katanya kepada Gempak.
Mimi ditemui pada majlis pelancaran koleksi Echapper Vc V2 jenama FILA di Menara Ilham, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam masa sama, pelakon drama The Experts itu mengakui dia dan Syafiq sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“Saya sangat bersedia (bergelar ibu).
“Syafiq lagi lebih bersedia, setiap hari dia akan bercakap soal nama anak,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai kehidupan kini sebagai seorang isteri, Mimi meluahkan rasa syukur apabila perkahwinan ini membuatkan hidupnya lebih bahagia.
“Gembira, Alhamdulillah. Kehidupan yang lebih baik dan menakjubkan. Syafiq juga seorang suami yang baik.
“Perubahan itu ada, saya rasa tanggungjawab sudah berubah, dahulu kita banyak tanggungjawab pada diri sendiri.
“Sekarang ini ada tanggungjawab, bangun pagi selain diri kita ada orang lagi yang kita perlu fikir,” ujarnya.
Terdahulu, Mimi Lana sah bergelar isteri kepada pelakon popular Syafiq Kyle pada 14 Februari lalu dalam satu majlis tertutup di Taiping, Perak.
Sebelum ini, Mimi dan Syafiq pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun. Mereka pernah membatalkan majlis pernikahan di saat akhir yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Topic Berkaitan
#Anak
#Cahaya Mata
#Syafiq Kyle
#Rumah tangga
#Mimi Lana
#Rezeki
#Sedia
Must-Watch Video