,
Hiburan

Mihrab Cinta Zulaikha Diinspirasi Daripada Kejadian & Konflik Sebenar!

Amri Hassan
01/06/2024
18:43 MYT
iQIYI, platform penstriman Asia yang kian popular sekali lagi kembali dengan buah tangan terbaharunya, sebuah drama bersiri istimewa berjudul Mihrab Cinta Zulaikha yang dibintangi oleh barisan pelakon handalan tanah air seperti Elisya Sandha, Azrel Ismail, Scha Elinnea, Johan As'ari, Arash Mohamad, Maria Farida dan adik Raf Iskandar.

BERITA TRENDING: “Mak Mentua Faham Kerja Saya, Tidak Cepat Menghukum” - Elisya Sandha

Drama bersiri sebanyak 12 episod ini bakal menemui pelanggan iQIYI bermula 17 Mei 2024, jam 9:00 malam.

Inspirasi konflik sebenar masyarakat

Menurut Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, Jony Deng, iQIYI kini sedang dalam proses memperkukuh kedudukan mereka di pasaran Malaysia dengan menampilkan drama-drama bermutu seperti Mihrab Cinta Zulaikha yang bersesuaian mengikut permintaan penonton masa kini dan sejajar dengan trend isu-isu semasa.
“Drama Mihrab Cinta Zulaikha diinspirasikan dari kejadian dan konflik sebenar dalam masyarakat kita yang menonjolkan kisah percintaan dan juga kekuatan dari segi moral.
“Selain itu, idea di sebalik penghasilan drama ini datangnya dari keinginan untuk meneroka tema-tema yang melibatkan keimanan, percintaan dan pengorbanan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia,” katanya.

Pemilihan pelakon

Tambah Jony, setiap drama Original terbitan iQIYI mementingkan mutu penghasilan, jalan cerita yang menarik dan pemilihan pelakon-pelakon yang tepat dalam menjayakan sesuatu watak.
“Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian karakter yang dibawakan dalam drama serta kemampuan mereka untuk menarik perhatian penonton, selain memiliki bakat lakonan yang hebat dalam menghidupkan sesebuah karakter, setiap pelakon mempunyai daya tarikan tersendiri yang membuatkan mereka unik," katanya.

18 tahun ke atas

Untuk rekod, drama ini boleh ditonton oleh penonton yang berumur 18 tahun ke atas, manakala penonton di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan untuk menonton disebabkan dasar konsep drama yang mendalam serta jalan cerita matang.
“Oleh kerana faktor umur yang telah disarankan, pihak iQIYI meletakan drama ini di senarai drama langganan VIP," tambahnya.
Sebagai sebuah syarikat pemain utama platform penstriman yang unggul, Jony berkata bahawa iQIYI sedang berusaha menjadi pelopor bidang penyiaran atas talian dengan pengguna aktif bulanannya seramai 500 juta dengan hampir 6 bilion jam hiburan yang memukau setiap bulan.
“Bayangkan dunia di mana penceritaan tidak mengenal batas, di mana setiap bingkai adalah jendela budaya yang meriah dengan kisah yang belum terungkap.
“Jadi, saya berharap drama Mihrab Cinta Zulaikha akan menarik perhatian dan memikat hati penonton melalui kisahnya yang mendalam dan menginspirasikan, dan semoga drama ini tidak hanya memperkayakan pengalaman penonton tetapi juga akan meneroka dan memperluaskan pemahaman mereka tentang kekayaan budaya dan nilai-nilai moral melalui karya asli ini,” tambahnya lagi.

Sinopsis Mihrab Cinta Zulaikha

Drama ini mengisahkan tentang Zulaikha (Elisya Sandha), seorang wanita yang tabah, berdikari serta berpegang teguh pada ajaran agama yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim namun berdepan masalah kewangan apabila ujian datang menimpa. Kemunculan Yusof Hakimi (Azrel Ismail) sebagai penyelamat dalam membantu menyelesaikan segala permasalahan di rumah anak yatim membawa kepada lamaran oleh Yusof terhadap Zulaikha.
Setelah berkahwin, Zulaikha mendapat tahu kehidupan Yusof yang sebenar jauh daripada pegangan agama sepertimana yang disangkakannya. Mengeruhkan lagi situasi, Yusof sudah pun mempunyai kekasih. Pelbagai pergolakan yang berlaku ditambah ujian demi ujian menimpa diri Zulaikha, namun mampukah dia bertahan atau berserah pada takdir?
Jangan lupa temujanji anda bersama drama MIHRAB CINTA ZULAIKHA mulai 17 Mei 2024, pada jam 9:00 malam. Segera muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, taipkan MIHRAB CINTA ZULAIKHA dan terus strim melalui telefon pintar, tablet dan televisyen.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Drama

“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

gempak
10/11/2024
14:55 MYT
Kemunculan pelakon, Zahiril Adzim dalam drama hits, Andai Tiada Dia ternyata membuatkan netizen bersorak.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar