,
Laman Utama

Midnight Fusic Kerjasama Bersama Kumpulan Dari Indonesia Hasilkan Lagu Bahasa Melayu Pertama!

Asraf Aided
20/11/2020
13:15 MYT
Kumpulan rock alternatif dari Malaysia telah bergabung dengan rakan karib mereka dari Indonesia, kumpulan Pijar untuk menerusi single Bahasa Melayu pertama mereka yang berjudul Sandiwara.
Mengulas tentang lagu tersebut, Midnight Fusic berkata: “Kami telah lama ingin mengeluarkan lagu dalam Bahasa Melayu atau Indonesia, dan gabungan kami dengan Pijar membuatkan proses pembikinan lagu ini amat mudah."
Lagu ini dihasilkan dalam masa satu hari, dan merupakan karya ciptaan Jack Alfredo yang merupakan vokalis kumpulan Pijar, manakala Midnight Fusic menambahkan gaya mereka dalam lagu ini.
“Lagu ini adalah lagu Bahasa Melayu pertama yang kami inginkan. Inilah lagu yang menampilkan kegembiraan dalam hidup kita dan mengingatkan kami tentang persahabatan antara kami dan Pijar,” ujar pemain gitar Midnight Fusic, Arif Kamarudin.
Midnight Fusic merasakan lagu ini sebagai lagu yang senang untuk didengari oleh orang ramai dan mereka ingin lagu ini ditafsirkan sendiri oleh pendengar mengikut perasaan mereka.
Sandiwara merupakan lagu yang sudah tentunya akan membuat pendengar tersenyum, dan membaea perasaan gembira kepada pendengar.
“Kawan baik kami, Dennis Ferdinand, yang membuat vokal tambahan dalam lagu ini memang telah membawa semangat baru kepada melodi Sandiwara," kata pemain gitar utama Midnight Fusic, Adrian Danial.
Walaupun pelan untuk mengeluarkan album Bahasa Melayu belum lagi diatur oleh Midnight Fusic, namun lagu Sandiwara boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBOX, Spotify, YouTube & Youtube Muzik.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengarkannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.