,
Laman Utama

Michelle Yeoh Artis Asia Pertama Terima Ijazah Kehormat AFI

Awani
14/08/2022
09:20 MYT
Pelakon bertaraf antarabangsa Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi artis Asia pertama yang dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangannya dalam industri filem.
Menurut laman web AFI, ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada majlis konvokesyen bagi felo-felo institusi filem itu di Hollywood pada Jumaat.
Gabungan kedua-dua pengarah filem yang digelar sebagai The Daniels itu terkenal untuk filem yang dibintangi Michelle baru-baru ini, Everything Everywhere All At Once.
“Kami amat bertuah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda, Michelle Yeoh. Antara perkara pertama yang kami sedar adalah kebaikan hatinya terhadap orang lain,” kata duo pengarah itu ketika menyampaikan anugerah tersebut.
Ketika berucap kepada felo-felo institusi berkenaan, aktres kelahiran Ipoh itu menyarankan kepada artis generasi baharu supaya berpegang kepada cinta terhadap karya mereka dan berani untuk merebut peluang.
“Jika anda berpegang kepada cinta terhadap karya masing-masing, saya berjanji karya itu yang akan mengangkat anda,” ujarnya.
Turut menerima ijazah kehormat pada majlis itu ialah Lawrence Herbert, pengasas dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat Pantone.
Michelle dan Herbert mengikuti jejak artis-artis terkemuka lain yang turut dianugerahkan ijazah kehormat itu seperti Maya Angelou, Jodie Foster, James Earl Jones, David Lynch, Quentin Tarantino dan Angela Bassett.
Sepanjang kariernya, Michelle, 60 tahun, telah mewarnai industri hiburan dengan menampilan dalam lebih 70 filem dan siri televisyen.
Beliau mencipta kejayaan menerusi watak-watak ikonik seperti dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asians serta beberapa filem Marvel Studios seperti The Guardians of the Galaxydan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

gempak
10/08/2024
00:45 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.
Hiburan

Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia

gempak
27/07/2024
05:55 MYT
Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai secara rasmi pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia, bintang filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menitipkan kata-kata semangat buat Pasukan Olimpik Pelarian yang bakal beraksi pada temasya tersebut.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Hiburan

Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai

gempak
05/01/2024
12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini