,
Hollywood

Michael B Jordan Lelaki Paling Menarik 2020

Maliah Surip
19/11/2020
01:40 MYT
Majalah People baru mengumumkan Michael B Jordan sebagai Lelaki Paling Menarik 2020 versi mereka dalam cara yang cukup unik.
Hal ini kerana, aktor muda Hollywood itu diumumkan dengan predikat tersebut sewaktu dia muncul menjadi tetamu dalam program Jimmy Kimmel Live! pada Selasa (17/11/2020).
Uniknya, identiti Jordan disembunyikan di sebalik baju hazmat berwarna kuning lengkap penutup kepala.
Kimmel kemudian meminta penonton yang menonton mereka secara virtual meneka sosok di balik baju tersebut. Dia juga membenarkan mereka bertanya soalan dan memberi petunjuk untuk menentukan siapa gerangan yang bersembunyi di sebalik baju hazmat yang dipakai.
Dalam banyak banyak pertanyaan dan tekaan, akhirnya ada seorang penonton yang bertanyakan: "Apakah kamu Michael B Jordan?"
"Ya," jawab sosok di sebalik baju tersebut sambil membuka penutup muka untuk menunjukkan identitinya.
Dan setelah itu poster besar yang memperlihatkan muka depan majalah People dengan wajah Michael B Jordan terpampang bersama tulisan Sexiest Man Alive!
Jordan mengatakan, predikat yang didapatkannya sebagai Lelaki Paling Menarik 2020 versi People pasti membuat neneknya bangga.
"Ibu saya akan membeli majalah ini dan setiap hujung tahun, bersama nenek dan makcik, mereka teruja untuk mengetahui siapa Lelaki Paling Menarik 2020 versi People.
"Jadi kini saya rasa edisi terkini People adalah hadiah paling istimewa buat mereka," kata Jordan.
Sebelum Jordan, penghargaan ini pernah diberikan kepada Channing Tatum, Dwayne Johnson, John Legend dan Idris Elba.
Terdahulu aktor berusia 33 tahun ini juga sempat masuk dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh versi majalah Time.
Kredit Foto: Wonderland
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.